layari

Monday, June 6, 2011

Nak lebih Putih lagi dari dia


AHMAD ADI

AMIR

Cerita2.....cerita2.....

Ada tiga orang budak hitam. Budak yang pertama bernama Ahmad, budak yang kedua bernama Adi dan budak yang ketiga bernama Amir. Ketiga-tiga budak hitam ini merupakan sahabat baik.

Pada suatu hari, ketika mereka berjalan-jalan di padang pasir, mereka ternampak sebuah teko lama. Lalu, Ahmad pun mengambil teko dan menggosok-gosok teko yang kotor yang terkena tanah dengan bajunya. Tidak semena-mena, keluar seekor jin dari teko itu. Ketiga-tiga budak hitam tadi terkejut bukan kepalang.




“ Terima kasih kepada kamu semua kerana telah membebaskan aku dari teko ini. Sudah lama aku berada di dalam teko ini akhirnya aku keluar melihat dunia. Jadi aku ingin membalas jasa kamu bertiga. Kamu diberi peluang untuk membuat permintaan sekali bagi setiap seorang. Pintalah apa sahaja yang kamu mahu, pasti akan aku laksanakan”, kata Jin dengan bangganya.

" Baiklah, aku mahu kulit yang putih, putihkan kulit aku ini", kata Ahmad kegembiraan. Dengan sekelip mata, Ahmad pun bertukar menjadi putih seperti yang dikehendaki. “Aku juga mahu menjadi putih seperti Ahmad, kata Adi. Dengan sekelip mata, Adi berubah menjadi budak yang putih.


Lalu Amir pun menyatakan bahawa dia juga mahu menjadi putih seperti kedua-dua rakannya, tapi dia mahu mempunyai kulit yang lebih putih dari Ahmad dan Adi. “ Aku mahu kulit yang lebih putih dari mereka berdua”kata Amir. Lalu jin pun berkata, tidak boleh, putih tadi adalah yang paling putih.


Lalu Amir pun berkata, kalau macam itu, jadikan kembali kedua-dua rakan aku gelap seperti aku kembali. Dan dengan sekelip mata kulit kedua orang sahabat yang putih kembali hitam. Amir berasa puas hati kerana sahabtnya kembali hitam seperti dahulu dan warna mereka sama.

Ahmad dan Adi berasa sedih dan terkejut dengan tindakan Amir. Sampai hati Amir memperlakukan mereka begini.

Kenapa boleh jadi macam ni? Boleh ja kalau Amir meminta hajat untuk kulitnya putih seperti sahabatnya yang lain,akan tetapi dia tidak mahu. Dia rela melihat sahabatnya kembali gelap sepertinya. Amir mahu mendapat lebih dari sahabatnya, Amir dengki.

Cerita di atas boleh kita ambil sebagai pengajaran. Sifat dengki hanya merugikan diri. Tiada manfaat yang diperolehi hanya merosakkan diri malah pasti tidak disukai oleh sahabat-sahabat sahaja.



Dalam sebuah hadis Nabi berkata;

"Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan-kebaikan sepertimana api yang memakan (membakar) kayu api."

  1. - Banyak sangatkah amalan kita untuk dibiarkan dibakar seperti kayu api?
  2. - Amalan dan kebaikan yang sedikit hilang dan musnah dengan sekelip mata andai hasad denggi memenuhi hati.
  3. - Amalan kian kontang, dosa kian bertambah itulah hasil hasad dengki.
  4. - Tidak perlu menanam benih dengki kerana setiap rezeki ditentukan oleh Allah S.W.T
  5. - Sembuhkan dengan sifat dengki dengan semburan ubat keyakinan pada Allah S.W.T
  6. Andai kita yakin pada Allah, InsyaAllah tiada dengki di dalam hati.

Dan jangan sesekali kita meminta sesuatu hajat selain dari Allah S.W.T...tiada kuasa lain yang hebat melainkan hanya Allah S.W.T.


2 comments: