layari

Thursday, December 30, 2010

Tahun baru..perubahan diri...





Hanya tinggal beberapa jam lagi tahun 2o1o bakal meninggalkan kita
...hari berganti hari,bulan berganti bulan, akhirnya tahun 2011 bakal menjegah
Alhamdulillah
....kita masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi Allah S.W.T yang cukup indah ini..,
masih berpeluang untuk menghirup udara secukupnya, masih dikurniakan nikmat tubuh badan yang sihat dan yang paling penting masih diberi nikmat Iman dan Islam
..Alhamdulillah..



Mari kita imbas kembali, apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2010 ini?
Adakah tahun 2010 ini telah kita manfaatkan sebaik mungkin?
Seronoknya jika sepanjang tahun 2010 ini ada berlakunya perubahan dalam diri ke arah kebaikan...
Adakah tahun ini kita penuhi dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah dan membuat maksiat? Nauzubillah....
Tepuk dada tanyalah diri dan iman...



Janganlah kita terus-menerus berdiri tegak pada satu tapak yang sama, tidak berganjak ke hadapan walau sedikit pun
..biarpun orang lain sudah bisa berlari, kita masih berdiri pada tapak yang sama
...dan yang paling menakutkan jika diri kita terus melangkah ke belakang....
...ruginya kita...

Jangan hanya tahu meyambut tahun baru sahaja, tetapi tidak tahu dan mahu memperbaharui diri ke arah yang lebih baik...

HAPPY NEW YEAR..HAPPY NEW YEAR..ungkapan ini seharusnya kita sertakan dengan semangat untuk melakukan perubahan diri..bukan hanya sekadar kata-kata yang diluahkan sambil menyaksikan percikan bunga api yang indah...

Jika tahun 2010 ini kita tidak berjaya, kita banyak melakukan perkara yang salah...
..marilah kita bangkit dan membetulkan diri..
mari sama-sama kita berusaha menjadi insan yang lebih baik dan mencipta kejayaan sempena tahun baru hijrah 1432 dan tahun 2011 ini...
Jangan sia-siakan setiap detik waktu yang dikurniakan Allah S.W.T..
InsyaAllah..kita boleh...

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)


p/s: Pasukan Bola Sepak Kebangsaan kita telah berjaya mengharumkan nama negara dan mencipta sejarah apabila berjaya membawa pulang piala Suzuki AFF, sekali gus menjadi juara...setelah hampir 14 tahun negara tandus dengan kemenangan dalam arena bola sepak, kini kita telah berjaya...bagaimana? ...usaha.doa dan tawakal..itu kuncinya
..begitulah kita, lakukan loncatan pada diri..jika selama ini kita kurang berjaya, kurang berilmu..berusahalah dengan membanyakkan bacaan dan belajar dengan teknik yang betul ...jika kita pada hari ini tidak pandai mengaji maka berusahalah untuk mencari guru bagi mengajar mengaji....semuanya terletak pada diri sendiri
...buat ingatan bersama :-)

Saturday, December 25, 2010

Ikhlaskan diriku bersahabat dengannya keranaMu




Seorang sahabat pernah bertanya..

pernah tak kau rasa tak boleh masuk dengan seseorang?
pernah tak ko rasa cuba menjauhi dia?

....masakan aku yang merupakan manusia biasa tidak pernah berasa begitu..tapi kenapa ye?kenapa aku..dan kenapa kamu adakalanya berasa tidak puas hati dan sukar masuk dengan seseorang?emmm...mungkin kerana terlalu banyak kesilapan yang dia lakukan kepada kita
..mungkin banyak perkara yang membuatkan kita berkecil hati padanya....

NAMUN adakah diri kita ini sentiasa betul untuk menyalahkan diri orang lain?
... adakalanya kita turut membuat salah ....
begitulah dalam persahabatan, ada masa indah dan ada juga masa sukarnya...

NAMUN jangan kita terus-menerus menyimpan rasa...kelak diri merana
..adakah diri kita perlu membiarkan persahabatan yang dibina kian rapuh?
...suam dan layu....
..ohh,tidak..tidak sanggup rasanya membiarkan ikatan persahabatan yang terjalin kian luluh disebabkan keegoan hati untuk memaafkan segala kesilapan yang telah dilakukannya...




Kenapa terlalu ego untuk memaafkan orang lain? kerana kita terus merasakan diri sendiri betul..dan kerana persahabatan itu tidak disertai keikhlasan..ya..di mana harus aku cari keikhlasan...agar aku dapat meruntuhkan kota keegoan yang kian beraja dihati ini...

Moga Allah membantu kita semua untuk menjalinkan persahabatan dengan penuh keikhlasan
Andai ada kesalahan, maafkanlah..
....Ikhlas keranaNya...




Friday, December 3, 2010

Doa Buatmu Pengantin Baru


Selamat pengantin baru...
selamat berbahagia....
selamat ke anak cucu....
selamat sejahtera...

Lagu nyanyian Allahyarhamah Saloma berkemundang di sana-sini. Ramai orang berpusu-pusu ke meja makan di mana pelbagai jenis makanan dan lauk pauk dihidangkan. Ayam masak merah, sayur jelatah dan dalca merupakan antara lauk pauk kemestian yang dihidang dalam majlis perkahwinan. Hidangan dibuat secara bufet..... mengikut peredaran masa...lebih moden dan mudah...



Alhamdulilah kenyangnya...sedap pulak juadah yang dihidangkan..pandai tuan rumah cari catering..boleh le aku panggil catering nie esok2 bila aku pulak nak bernikah,menolongnya di dalam hati...



Tepat pukul 12.45 tengah hari..pang..ke..pang..ke..pang..ke..pang...alunan kompang berbunyi..hadirin yang hadir ke majlis perkahwinan merapati bunyi kompang...jiran-jiran tetangga yang sedang enak menjamu selera sanggup memanjangkan leher mereka untuk melihat sepasang pengantin baru berbaju sedondon bewarna hijau berjalan beriringan...sama cantik sama padan..pengantin perempuan indah dengan busananya..Tertutup rapi auratnya,indah dipandang perilakunya...Pengantin lelaki pula kelihatan sungguh kacak dengan baju melayu hijau...kemas dan teratur gaya langkahya....

Alhamdulillah..Sebuah ikatan yang suci dapat dijalinkan...Pasti disaat si suami berjaya melafazkan akad nikah, syaitan2 menangisi kegagalan mereka untuk menyesatkan anak adam ini ke lembah maksiat..Perhubungan yang terjaga sebelum perkahwinan pasti membawa berkat selepas perkahwinan...lebih manis dan lebih indah..pasti...InsyaAllah....

Tiba-tiba dia teringat......

................................................................................................................................

Jumaat
Al-Kuliyah
12.40 tgh hari

Bila mana kita menghadirkan diri ke majlis perkahwinan atau walimatulurus ini,sebaik-baiknya kita perlulah menghadiahkan pasangan pengantin ini dengan doa.Doakan supaya pernikahan mereka sentiasa mendapat berkat daripada Allah S.W.T....

Doa yang boleh kita amalkan ialah.....


بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ

.

“Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengum-pulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”
(
HR. Penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At-Tirmidzi 1/316)

Berdoalah kita untuk kebaikan pasangan pengantin tadi....InsyaAllah

........................................................................................................................................


Emm...InsyaAllah..apa salahnya jika berdoa untuk pasangan pengantin? Moga dengan doa yang hadirin hadiahkan membuatkan kehidupan pasangan lebih bahagia dan berkat..InsyaAllah, lebih ramai juga yang akan berdoa untuk aku,untuk kamu,untuk anak-anakmu,untuk cucumu nanti...Amin...

p/s..doakan senjata umat Islam..ayuh berdoalah..Kalau kita sebagai umat Islam tidak mendoakan kebahagian saudara seislam kita, siapa lagi???

Tuesday, November 30, 2010

Duhai adikku sayang...


Air mata ayah bederai mengalir di pipi. Walaupun ayah seboleh mungkin mahu menyembunyikan perasaan hibanya namun dia tetap tidak dapat menahan air mata yang bertakung di tubir mata..air mata jernih mengalir membasah pipi tanpa dipaksa...buat pertama kalinya aku melihat ayah menangis...menangis kerana seorang anak..bukan kerana anak itu berkurang ajar atau melawan kata..TETAPI..air mata mengalir kerana sayang dan sedih meninggalkan anaknya di bumi indera kayangan bagi mencari dan menuntut ilmu.....wah,hebatnya kasih seorang ayah, hebatnya kasih emak...hebatnya kasih ayah dan emak kepada anak-anaknya..ayah dan emak yang selama ini kelihatan kuat dan gagah boleh menitiskan air mata apabila berpisah dengan anak-anaknya...begitu tingginya kasih dan sayang mereka...syukur Ya Allah, aku bersyukur kerana dikurniakan emak,ayah dan adik seperti mereka....dan aku ketahui bahawa kasihMu Allah kepada setiap hambamu lebih tinggi dan besar...masyaAllah..


Duhai adikku sayang,
jagalah dirimu di sana,
berusahalah menuntut ilmu sebanyaknya,
dekatkan diri dengan majlis dan ilmu agama,
doaku agar adik sentiasa selamat dan bahagia,
ketahuilah bahawa ayah dan emak menyangi kita,
dan Allah S.W.T amat sayang pada hambanya.

p/s- pengorbanan ibu dan ayah untuk berjauhan dengan anaknya..bagi memastikan anaknya berjaya dunia dan akhirat...jgan sesekali disia-siakan...

Wednesday, November 17, 2010

Kehidupan.....


Kehidupan ini kurasakan seperti sebuah sampan,
Terumbang-ambing di tengah lautan,
Tika ombak menghentam badan,
Pasti aku bergerak ke kiri dan ke kanan,
Tiada arah tujuan.


Ya,
Aku suka hidup begini,
Bebas bergerak ke sana dan ke mari,
Jiwa mudaku mula menguasai diri,
Mungkin inilah kehidupan yang ku cari,
Namun tidak sekali ku pasti,
Adakah aku kekal bahagia suatu hari nanti.


Hari berganti hari,
Tahun berganti tahun,
Aku masih berada di lautan sepi,
Terhuyung - hayang dipukul badai,
seorang diri.

Kini,
Diri ini kurasakan kian lemah,
Tidak sanggup terus membelah lautan ganas.
Yang pasti,
Aku terlalu ingin untuk berpijak di bumi yang nyata,
Aku terlalu rindu untuk melangkah laju di daratan,
Langkah untuk meninggalkan segala kegelapan,
Demi mencari sebutir sinar harapan,
Bagi menyuluh hati daripada kesesatan.

Kehidupanku kini lebih tenang,
Labih terurus berlandaskan syariat,
Terima kasih Ya Allah,
Terima kasih,
Kerana menemukan aku dengan sinar hidayah,
Kemanisannya kian kurasa melalui tarbiah.


Moga diri ini kian kukuh melangkah,
Melangkah demi menegakkan agama Islam yang terindah,
Moga diri ini makin giat berdakwah,
Agar dapat melahirkan lebih ramai insan yang solehah.



.






.


Thursday, November 4, 2010

Ingat 5 perkara sebelum lima perkara....


Ingat lima perkara,sebelum lima perkara...sihat sebelum sakit,muda sebelum tua,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit..hidup sebelum mati....


lagu demi masa nyayian kumpulan raihan memenuhi ruang kereta MyV kelabu metalic milik ayah kesayangannya...kereta dipandu dengan berhati-hati kerana dia kurang mahir memandu kereta....kalau ikutkan hati mudanya,mahu sahaja dia memecut laju memintas kembali tiga buah kereta yang memotong keretanya tadi...namun dia memegang kuat pepatah melayu yang berbunyi" biar lambat asalkan selamat"...

"Along, sedap lagu raihan ni ye banyak pulak ibrah yang kita dapat kutip",adiknya berkata-kata...Alhamdulillah, along masih mampu untuk membawa kereta dengan baik. Allah mengurniakannya nikmat tubuh badan yang sihat...Waktu badan sihat ni kita kene banyakkan buat amal ibadah. Sebabnya waktu kita sihat, kita banyak tenaga..lebih-lebih lagi kita yang masih muda nie..Allah S.W.T boleh saja nak tarik nikmat kesihatan yang diberikan pada hambanya bila-bila masa je..Bayangkan kalau waktu kita sihat, kita tak gunakan dengan melaksanakan ibadah dan perkara-perkara yang baik, tiba-tiba kita jatuh sakit..masa itu kita akan rasa sangat menyesal."ruginya aku tak solat waktu sihat dulu'.Jadi waktu sihat nilah kita gunakan dengan sebaiknya...pulun habis2..terkesima dia sebentar mendengar butir bicara adiknya...

Wah, mantop2..selain tu bila kita ada rezeki yang lebih jangan pulak kita kedekut. Hulurkan tangan ringankan beban bak kata TV3 tu...tak ada salahnya jika kita peruntukkan sebahagian daripada rezeki kita untuk disedekahkan..InsyaAllah rezeki itu akan lebih berkat..Malah Allah juga akan memberi rezeki yang lebih baik kepada hambanya...Rezeki itu semuanya milik Allah, bersyukurlah kita...walaupun kita banyak melakukan dosa, nikmat dan rezeki Allah tak pernah kurang pun pada hambanya...sayangkan Allah pada kita...tapi kita sebagai hambanya macam mana lah pulak.....


..dipertengahan jalan....seorang nenek tua melintasi jalan...

Adik, suatu hari nanti kita pun akan jadi tua...Macam sekarang, along pun mcm tak sangka sekarang dah umur 21 tahun, adik dah 18 tahun..sekejap je rasanya ...dari bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua..InsyaALLAH kalau umur kita dipanjangkan..emmm...".rajin nenek ni kan along, dah tua tapi semangat nak mendalami ilmu agama masih kuat"..betul tu..moga kita pun akan kuat berjuang menegakkan agama Allah hingga ke hujung nyawa...

Tapi adik kurang fahamlah along,apa maksud lapang sebelum sempit? Oh..macam nie..lapang 2 waktu kita senggang, waktu free..kalau waktu senggang dan free selalunya kita rasa hidup terurus..Tapi kadang-kadang kita nie,bila waktu free kita leka..Misalnya, waktu solat zohor masuk dalam pukul 1.15 petang, tapi kita sengaja lewat-lewatkan...kita kata kul 2.00 petang karang pun boleh solat...tapi tiba2 kita sibuk,sibuk sangat...masa 2 baru tercari2 masa yang senggang..baru rasa nikmat masa...baru tercari2 masa..lapang sebelum sempitlah 2..ohh ya..kita nie pun dah dekat pukul 2.00 petang tak solat zohor lagi...jadi, apa kata kita berhenti berehat dulu ya,solat dulu ye..huhu


30 mint selepas itu, dipertengahan jalan

Ya Allah..ada kemalangan kat depan..Perlahan sikit along,pinta adikku..sebuah motosikal terbabas di tepi jalan selepas dirempuh sebuah kereta..Motosikalnya remuk,namun penunggangnya tidak kelihatan..mugkin telah dihantar ke hospital, hatiku menduga..beberapa biji buah limau bertaburan di atas jalan raya.Buah limau untuk anak-anak dan isteri barangkali...Ya Allah, selamatkan dia, doaku di dalam hati....

Malang tidak berbau..begitu juga ajal yang datang kita tak tahu..hanya Allah yang Maha Mengetahui...Hidup di dunia diibaratkan sebagai persinggahan..tempat dimana boleh mengumpulkan bekalan..Manisnya hidup jika dipenuhi dengan amalan dan ibadah kepadaNya ...Bahagianya hidup jika berada di dalam rahmat, redha dan keberkatanNYA...tika diri masih lagi dipanjangkan usia, gunakan masa yang ada untuk melaksanakan amal ibadah dan perkara yang bermanfaat..kerana apabila ajal menjelma tiada apa yang boleh dilakukan lagi..terputus semua perkara kecuali 3 amalan iaitu sedekah amal jariah,ilmu yang bermanafaat dan doa anak-anak yang soleh..

Jadi waktu kita hidup kita kene gunakan setiap saat dengan baik, waktu kita hidup kita kene hargai ibu bapa kita,kawan,kita kene belajar dan mendalami ilmu..dan berusaha jadi hamba yang taat...Singkat kehidupan kita ni..Jangan penuhi usia dengan kemaksiaatan..kelak menyesal.menyesal ketika dikuburkan...Nauzubillah..

Emm..betul tu..time kasih ye along...sama-sama..moga kita sentiasa beringat 5 perkara ye...dah sampai dah pun rumah,alhamdulillah..mesti emak dan ayah gembirakan bila tengok anak-anaknya pulang ke rumah..sepanjang perjalanan kita hari nie banyak ilmu dan pengajaran yang dapat kita kongsi kan adik...nanti kita bincang lagi ya..topik lain pulak...boleh along,apa salah..InsyaAllah..jom masuk rumah along....klik;;kilk...kereta MYV kelabu metalic berbunyi.....

p/s..kesedaran boleh datang melalui pemerhatian dan situasi yang berlaku disekeliling kita...jadi hayati setiap saat yang anda ada....Ingat lima perkara sebelum lima perkara ya!!!



Saturday, October 30, 2010

Tak rugi Pun

Pagi itu dia berasa sangat lapar. Seusai kelas MAB dia sepantas kilat bergerak menuju ke kantin bersama-sama teman sekelasnya yang turut kelaparan..Mungkin disebabkan terlalu lapar, dia dan teman-teman tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran sebentar tadi..Ah,itu semua alasan yang sering digunakan untuk menyedapkan hati sahaja. Bilalah nak berubah nie...

Syukur Alhamdullilah, senior-senior dan junior-junior tidak keluar untuk berehat lagi. Jika tidak pasti kantin sesak dengan mereka,pasti tempat duduk penuh dan sebagainya.

Semasa sedang sibuk menyiduk makanan, dia ternampak kelibat sahabatnya...ya sahabat tempat dia berkongsi rasa bahagia dan sedih...rasa sayang padanya bertambah setelah 2 tahun berkenalan...Semoga persahabatan dan ikatan ukhwah ini sentiasa mendapat redha daripada Allah S.W.T...Persahabatan yang terjalin kian manis apabila setiap pertemuan disertai dengan kongsian ilmu dan nasihat yang berguna. Mana nak cari sahabat yang sanggup memberi sokongan dan teguran dikala diri memerlukan kekuatan.

Satu nasihat dan kata-kata yang takkan dia lupa. Kata-kata dari seorang sahabat yang menyebabkannya berfikir..Kata-kata yang telah memuhasabahkan diri yang sering leka dan lalai ini.... Ya Allah,terima kasih kerana menegur aku melalui sahabatku ini. Bersyukur sangat rasanya.

Pesan sahabatku,

Kita hidup sebagai seorang hamba. Yakni hamba kepada Allah S.W.T dan kita juga merupakan khalifah dimuka bumi ini. Sebagai seorang hamba pasti kita perlu menurut perintah Allah S.W.T. Sebenarnya dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba, Allah memberi kita pilihan samaada untuk memilih syurga atau neraka. Hanya dua pilihan iaitu syurga dan neraka.Bergantung kepada kita untuk memilih sama ada hendak ke syurga atau neraka. Orang yang banyak melaksanakan kebaikan serta segala perintah yang ditetapkan insyaAllah ditempatkan di syurga dan jika sebaliknya tempatnya di neraka.Nauzubillah...

Persoalannya, kenapa kita tidak menjadi hamba yang benar2 baik dan soleh setelah mengetahui syurga tempat orang yang baik dan soleh? Kenapa terus menerus melakukan kejahatan dan dosa jika kita tahu ia merupakan saham ke neraka? Dan yang pasti tak ada tempat untuk hamba yang merasakan dirinya separuh baik dan jahat. Tak ada tempat diantara syurga dan neraka. Justeru jadilah hamba yang terus berusaha menjadikan diri terbaik dan soleh . Jadilah hamba yang baik sebenar-benarnya.Tak rugi pun..

Jadi hamba yang betul-betul baik...tak rugi pun..kenapa nak buat baik separuh je? Misalnya, kenapa tak tutup aurat sepenuhnya? Tudung dilabuhkan menutupi dada, baju dilabuhkan, stoking dipakai..kan lebih baik begini daripada tutup sebahagian..emmm..persoalan menjengah difikirannya sambil tangan menyuapkan isi ikan keli masak cili yang menjadi kegemarannya...Berusaha menjadi hamba yang baik dan solehah,monolong hatinya...Ayuh..Jadilah hamba yang baik dan soleh bersungguh-sungguh...Tak rugi pun......

Monday, October 25, 2010

BACA dan HAYATI LIRIK INI...ANALISA DIRI KAWAN-KAWAN....

Analisa

Album : Gema Perjuangan
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com


Analisa, analisa analisa siapa kita

Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati

Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna

Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran

Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan

Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran

Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna

Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya

Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

Lirik: Mohd Firdaus Sahidin
Lagu: Megat MS/Mohd Firdaus
Hakcipta: Lambaian Kasih Productions

Menitis air mata takkala mendengar lagu ini buat kali pertama...Adakah diri ini hanya mengingatiNya pada kala kesusahan dan kesedihan menghimpit diri...Bahagianya kalo diri ini sentiasa mengingatiNya dalam setiap keadaan dan waktu...Ampunkan dosa hambamu ini Allah...

Wednesday, June 9, 2010

My Heart...



Hati...atau dalam bahasa owang putihnya heart..hebat sebenarnya hati nie...bukannya saja-saja je diciptakan dan dianugerahkan oleh ALLAH S.W.T kepada hamba- Nya.

Hati yang sihat bukan hanya akan memberi kesihatan yang baik pada diri seseorang malah menjadikan sesorang itu lebih tenang...percaya tak?.... Jika baik hati seseorang maka seluruh anggota tubuhnya akan baik, namun jika busuk hati seseorang maka sakitlah seluruh anggota badannya. Hebatnya...hebatnya kalau hati yang baik dapat membawa diri melaksanakan segala perkara yang amal. Tetapi sedihnya jika hati ini busuk,sehinggakan nasihat dan segala teguran tidak dapat diterima.


Hati yang sakit perlu diubati. Apa ubat hati?

1. Baca Al-Quran dan maknanya

2. Solat malam

3. Berkumpul dengan orang soleh

4. Berpuasa

5. Zikir malam berpanjangan.


Moga kita semua sentiasa berusaha menjaga hati dengan amalan-amalan ini. Sesungguhnya ALLAH S.W.T menganugerahkan hati kepada hambanya dalam keadaan yang cukup sempurna dan bersih, jangan kita kotorkan hati ini dengan titik hitam yang lahir dari dosa dan kelekaan kita...Ayuh,sucikan hati..ALLAH ALWAYS LOVE US.

Saturday, May 8, 2010

SELAMAT HARI IBU....


IBU….
Engkaulah ratu hatiku,
Engkau yang melahirkan, menyusukan daku malah mendidikku hingga kini,
Kasih sayang yang engkau curahkan ibu begitu suci….
Ya ALLAH, aku begitu bersyukur kerana Engkau meanugerahkan aku seorang ibu yang baik sepertinya…
Lindungilah ibuku dan bahagiakanlah ibu dunia dan akhirat…….




KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA


Ibu, emak, mama bonda dan ummi adalah gelaran atau panggilan yang digunakan seorang anak. Malah perkataan ini juga adalah merupakan perkataan pertama yang akan keluar daripada mulut anak-anak yang masih bayi...Gembira bukan kepalanglah ibu-ibu, emak-emak yang mendengarnya….


Anak-anak ditatang bagai minyak yang penuh. Tidak dibiarkan anak-anaknya menangis kelaparan, pasti dengan pantas ibu akan bangkit dari tempat beradu bagi membuat susu untuk anak yang dikasihi.

Apabila anaknya mula ke sekolah, ibulah antara insan yang paling gembira. Dialah yang menyediakan segala kelengkapan untuk ke sekolah. Dikala peperiksan tiba, ibulah yang tidak senang duduk, hatinya risau memikirkan anaknya. Tidak sesekali ibu lupa untuk berdoa kepada ALLAH S.W.T memohon akan kejayaan anak yang dikasihinya..

Kejayaan anak dihadiahkan dengan sebuah ciuman..ibu sujud ke hadrat Ilahi atas nikmat dan kejayaan yang diberi sebagai tanda kesyukuran. Di kala anaknya gagal dan menempuhi kesusahan, ibu tidak sesekali memarahinya malah memberi bimbingan dan nasihat. Katanya , “along jangan putus asa, cuba lagi, ada hikmah di sebalik yang terjadi..Allah Maha Mengatahui apa yang terbaik untuk hambanya..

Ibulah yang tidak tidur malam menjaga anaknya yang sakit dan demam. Sakit anaknya turut dirasainya. Walaupun letih ibu tetap di sisi memicit dan menukarkan tuala di kepala anaknya.

Kasih seorang insan yang bergelar ibu begitu suci dan sukar ditafsirkan. Oleh yang demikian, hormatilah dan sayangilah ibu kita. Berusahalah untuk membahagiakan mereka dan menjadi anak yang solah dan solehah.




IBU MITHALI


ARTIS: RABBANI



Ibu mithali ibu yang sejati

Kasih sayangmu kasih yang suci

Pengorbananmu disanjung tinggi

Jasamu tetap di sanubari


Ibu oh ibu fitrah ku murni

Kelembutanmu menyentuh hati

Semai kasihmu dalam jiwaku

Kau disayangi kerana menyayangi


Ibu oh ibu hatimu suci

Tulus ikhlasmu mendidik daku

Sanggup bersusah dan menderita

Demi kebahagiaan sekeluarga


Ibu oh ibu kau serikandi

Bakti amalmu tidak terperi

Beramal soleh berperibadi

Mentaati Allah juga suami



I LOVE ISLAM


Tabloid I LOVE ISLAM EDISI KE 9 DAN 10

Assalamualaikum, buat sahabat sekalian...moga kalian sentiasa berada di dalam keredhaan ALLAH S.W.T...

I LOVE ISLAM....Saya yakin anda semua pernah melayari laman web ini...Namun adakah anda tahu bahawa I LOVE ISLAM kini telah bergerak selangkah ke hadapan dengan menerbitkan pengisiannya dalam bentuk tabloid ataupun naskhah akhbar? Hanya dengan RM 2 sahaja, anda dapat memperolehi ilmu dan pengetahuan mengenai Islam dan isu semasa dengan luas, InsyaALLAH..


Buat sahabat dari IPGM KBM KL yang berminat untuk mendapatkan keratan akhbar I LOVE ISLAM namun masih tidak mengetahui bagaimana untuk mendapatkan naskhah akhbar I LOVE ISLAM ini, anda bolehlah memberi nama dan kelas di blog ini....

Kawan-kawan sekalian rebutlah peluang yang ada ini untuk menambah ilmu di dada... Semoga ilmu yang diperolehi itu mendapat keberkatan dari yang maha ESA...

Salam buat kawan-kawan sekalian....

Alhamdulillah...setelah sekian lama berniat untuk membuat blog, akhirnye berjaya jugak saya membuatnya ... Moga melalui blog ini kita dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan..selamat berkenalan kawan-kawan...