layari

Monday, October 1, 2012

Reda,
Reda sudah ombak gelisah,
pantai sudah berubah tenang,
Biarpun tempiasnya membasah pasir,
pastikan kering di suatu masa.

Reda,
tiada sengketa, tiada prasangka,
ombak gelisah ibarat fitrah manusia,
ia bisa diredah,
dengan cara yang bijaksana.

Reda,
tidak perlu berduka,
pasti ada hikmah sebaliknya,
tenang,
tenang sahaja.

Reda,
moga tanjung di hujung sana,
kian gembira,
moga tanjung ditumbuhi bunga-bunga ceria,
di suatu masa,
itulah doa si pantai,
moga si tanjung mendoakan dirinya juga.


sudah lama rasanya tidak mengupdate blog...salam buat semua..semoga dalam redha dan rahmat Allah hendaknya..

Thursday, June 7, 2012

Jauh perjalanan luas permandangan


Keretapi ETS bergerak laju membelah landasan. Dari jendela ETS kelihatan bonda dan ayahanda melambai-lambai..Dia meninggalkan negeri kelahiranya menuju ke kota metropilitan..kota persinggahan sebelum bergerak ke selatan tanah air yang baru tiga kali di jejak sejak 2011..

Bukan hobiku membaca di dalam keretapi, boleh pening lalat dibuatnya..lain orang lain cara. Budak perempuan di sebelah kananku kusyuk membaca..membaca novel,bagus..aku juga sudah habis membaca novel untuk cuti minggu pertama...sukanya dpat membaca novel..memang hobi sejak dari sekolah,hobi yang diajar oleh rakan-rakan sekelas.. Indah sungguh pemandangan di luar..biarpun hanya rumput-rumput dan lalang..mata terasa sedap memandang, permainya..warna hijau itu mendamaikan jiwa..penorama di luar jendela berubah tatkala keretapi bergerak..terasa seperti banyak gambar yang ditayangkan bergerak pantas,gambar-gambar keindahan ciptaan Allah yang indah belaka...

 
Keretapi berhenti di steten bagi mengambil penumpang...masuk seorang bapa bersama seorang anak lelaki kecil..duduknya mereka sebaris dengannya namun di sebelah gadis membaca novel tadi...duduklah budak lelaki kecil itu di atas riba bapanya...aku hanya memerhati..seronok sebenarnya memerhati...menjadi hobi baharu kalau bukan melelapkan mata di dalam keretapi..banyak betul persoalan yang ditanya budak kecil itu...bapanya menjawab dengan sabar...kadang2 soalannya kelakar sehingga membuatkan bapanya tergelak..usahkan bapanya, aku yang duduk selang satu kerusi pun boleh ketawa..budak sekarang..sudah bijak...


" Cantiknya ayah" , kata budak kecil itu..aku hanya mendengar, mataku tidak lagi memandang di sudut sana,ku alih ke sebelah kiri....Cantiknya.." SubhanaAllah"..Secara automatik kepalaku di alih kembali kepada budak lelaki itu..dia leka melihat pemandangan di luar jendela..masih memandang sambil memuji akan kebesaran ilahi..budak sekecil itu, pandai menuturkan kalimah SubhanaAllah, MasyaAllah dan Allahu Akhabar takala melihat kebesaran ilahi..aku?aku bagaimana? melihat sahaja? sekadar perkataan cantik sahaja? indah?.....Astagfirullahalazim...teras malu...

 
p/s ...InsyaAllah,selepas ni kalau kita melihat keindahan alam ciptaan Allah, jangan kita lokek untuk memuji penciptaNya..tak rugi..lagi diberi pahala lagi...esok bila ada anak,anak sedara kita didik anak2 dengan kalimah pujian agar anak2 biasa denganya...la ni kita ingatkan diri dan adik2 kita dulu...sekadar kongsian bersama...

Saturday, January 28, 2012

Tulisanmu membuat abang berfikir..


Bestnye dia pergi study luar negara. Kenapalah aku tak belajar betul-betul dulu? Kalau tak sure dah pakai baju tebal2 ni dan menikmati pengalaman belajar di negara orang..
(Marwan cuba membayangkan dirinya dalam kot berbulu sambil memegang fail dan buku di tangan).

Untung betul Zammer, smart gila gambar dia ni..Jadi doktor gak ko Zammer. Aku kat UIA jelah nampaknya.
(Impiannya dari sekolah dahulu untuk menjadi doktor dan keluar negara tidak kesampaian)

Walaupun orang kata masuk UIA ni pun dah ok:
( dia teringat kata-kata sahabatnya ketika tawaran UPU keluar)

Ruhil: Marwan ko UIA ye? architecture kan? best tu..tahniah tau

Haikal: Tahniah Marwan, dapat masuk UIA..aku teringin benor sana. Tak ada rezeki aku..aku ke UITM Shah Alam.

Johan: Relax ah wei,. ko belajar ngan aku nanti kat UIA..kalau semua nak jadi doktor siapa nak join seni bina ni? positif sikit....

AKU NAK JADI DOKTOR......NAK STUDY OVERSEA......!!!!!!!!

..........................................................................................................................................................................

Sudah menjadi tabiat Marwan membuka blognye di malam hari..baru ada fell>>>>>>
Dan salah satu hobinya ialah membaca blog kawan-kawannya...

eh, ada adik Mr.bean ni, katanya perlahan.
(MR.bean merupakan sahabatnya ketika di sekolah dahulu, nama gelaran melekat sehingga kini)

Aku nak follow blog adik Bean ni.
Pergh dasyat blog UwAIS (adik Bean) ni. Ada bakat dalam penulisan..

Alhamdulillah, terasa bersyukur tidak terhingga kepada Allah S.W.T atas nikmat dan kurniaaNya..Hari ini saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UIA. Sebenarnya saya sedikit kecewa tidak mendapat tawaran ke IPG minggu lepas. Memang cita-ita saya untuk menjadi seorang pendidik..namun, semua ini bukan rezeki saya..Allah udah aturkan yang terbaik buat hambanya.. saya bersyukur kerana telah diberikan rezeki ini. InsyaAllah saya akan ke UIA dalam bidang architecture ..
Allah lebih mengetahui apa yang sesuai untuk hambaNYA ini.. Ada hikmah di atas setiap yang terjadi...
Sudah tertulis Uwais Bin Fakrul melanjutkan pelajaran di UIA dalam bidang architecture...

Abang-abang senior tolonglah adik junior mu ini ya...see u there...


Selamat datang Uwais..juniorku...
Marwan meraup wajahnya..
sungguh, aku dah lalui hampir setahun di UIA..namun aku masih tak dapat terima lagi semuanya...aku tak pernah bersyukur, setiap hari asyik mengeluh ja...kesian umi dan abah..

Alhamdulillah, Uwais terima kasih atas tulisanmu dik yang membuat abangmu ini berfikir...
Sudah ditentukan Marwan Bin Jamal seorang penuntut UIA dalam architecture....
Aku redha Ya Allah


p/s...Bersyukurlah atas segala pemberian Allah...Allah lebih mengetahui hambaNya...

Usiaku


Alhamdulillah..Sabtu lalu penulis bersama-sama beberapa orang sahabat sekolah menengahnya dijemput menghadiri kenduri kahwin seorang sahabatnya. Paling seronok sekali penulis dapat bertemu dengan sahabat-sahabatnya yang lain yang hampir enam tahun tidak bertemu...

Alhamdulillah, sangat gembira rasanya melihat sahabat-sahabat telah berjaya. Ada yang sudah bekerja, masih menyambung pelajaran dan sebagainya...Rezeki masing-masing..Allah yang beri, Alhamdulillah..

We already 23 this year, kata seorang sahabat yang sedang menuntut di Rusia dalam bidang kedoktoran.

Cepat betul masa berlalu, umur semakin bertambah, tambah sahabatnya yang sedang leka menyuapkan nasi.

Yelah, kawan kita tu pun dah kahwin, jadi isteri orang dah. Ingat tak dulu-dulu masa kita sekolah? macam tak percayakan sekarang iza dah kahwin.

Apa yang tak cayanye? PERCAYALAH, Miera menyanyikan sebaris kata dari lagu Datuk Siti Nurhaliza...

Betul, cepat masa berlalu. Umur kita makin meningkat. Alhamdulillah, bersyukur kerana pada saat ini umur kita dipanjangkan. Allah masih lagi memberi kita nikmat tubuh badan yang sihat dan sempurna. InsyaAllah, lepas ni adalah antara kita pula yang bakal jadi isteri orang, kata penulis sambil tergelak.

Moga umur dan usia yang Allah anugerahkan pada kita ini sentiasa dalam rahmat dan berkatNya. Kita gunakan untuk buat kebaikan sebanyak mungkin sebabnye tak tahu bila Allah akan tarik nyawa kita, tambah Farah.

Semuanya terlopong mendengar kata-kata Farah...

Usia pinjaman Allah..
Jom kita gunakan usia untuk mencari bekalan bagi kehidupan akhirat kelak...
Jangan sesekali mensia-siakan usia dan umur kita dengan melakukan perkara yang tidak baik dan melakukan perbuatan maksiat...
Mungkin bagi pemuda dan pemudi merasakan masa kita masih lama, namun ingatlah mati itu tidak mengenal usia..
Mati bukan hanya pada yang bergelar SI TUA, tapi pada sesiapa sahaja...
Moga usia yang Allah anugerahkan ini, dimanfaatkan bersama...





Monday, January 23, 2012

Musafir di KL sentral


Malam Jumaat dia berjalan seorang diri menarik beg roda yang diisi penuh pakaian.. Sudah malam..Niat dihati untuk bergerak lebih awal pada petang itu terpaksa dibatalkan kerana hujan turun agak lebat pada petang jumaat sehingga malamnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bergerak sejurus menunaikan solat isyak..

Langkah kakinya dilajukan kerana dia berseorangan sahaja ketika itu...bimbang juga, namun dia harus memberanikan diri..Alhamdulillah selamat sampai di stesen LRT yang berdekatan..Seusai membeli token di mesin dia segera menuju ke tangga bergerak sambil menarik beg rodanya..

Telinganya terasa berdenyut-denyut. Sakitnya belum hilang. Pagi tadi dia telah pergi ke klinik berdekatan dengan tempat pengajiannya. Namun masih tidak surut bengkaknya. Entah mengapa dia merasa sedikit kurang berpuas hati dengan doktor yang memeriksanya pagi tadi..sambil lewa sahaja..Dipegang telingannya..Sakit..masuk air barangkali..

Sangat ramai orang di KL Sentral...Tempat duduk pun penuh. Dia mengambil keputusan untuk duduk sahaja di atas lantai bersebelahan kerusi urut..Di sebelahnya kelihatan seorang kakak dengan anak kecilnya yang berumur empat tahun barangkali.

Kak, balik ipoh ke? tanya dia ramah.

Ipoh,adik?tanya kakak itu kembali sambil tersenyum.

BG kak, jawabku perlahan. Sakit di telinga telah menyebabkan kesukaran untuk dia menggerakkan mulut

Akak dari IJN ni. Teman anak akak buat scan. Alhamdulillah jantungnya belah kiri tak bengkak dah.

Dia melihat wajah anak kecil itu. Anak kecil itu menghidapi penyakit jantung berlubang. Hampir terkejut dia mendengar nak kecil dihadapannya itu berusia tujuh tahun sedangkan badannya seperti budak berusia empat tahun. Badannya sangat kecil.

Pandai akak jalan kat KL ni ye, kata dia.

Akak dulu duduk sini dek. 15 tahun duduk Kl. Jadi tahulah selok-belok KL ni. Tapi lepas suami akak meninggal akak bawa anak-anak akak tinggal duduk di kampung.

Akak ada berapa orang anak? tanyanya lagi.

Ada tiga dik. Yang ni nombor 3, yang sulung form 4, yang second form 2. Yang second pun sakit jantung berlubang juga dulu. Alhamdulillah selamat dia operate. Waktu tu arwah suami akak ada lagi. Anak akak no 2 tu special sikit. Dia slow learner.

Dia mendengar cerita yang disampaikan kakak disebelahnya. Entah mengapa tiba2 terluncur laju kata2 ini dari mulutnya.

Tabah akak ni ya.

Kakak disebelahnya memandangnya dan tersenyum....

p/s Setiap manusia yang bergelar hamba Allah tidak lari dari ujian hidup..Sungguh Allah mengetahui tahap dan kemampuan hambanya. Andai kita terasa diri kita susah ingatlah bahawa lebih ramai lagi yang susah. Biarpun kadangkala apa yang kita inginkan tidak kita miliki bersyukurlah dengan apa yang sudah kita miliki..Kerana rezeki itu semua Allah yang beri..milik Allah...Alhamdulillah...





Friday, December 23, 2011

Soalan pelik si anak

KT:Cantiknya langsir rumah kak tam. Langsir baru ke?

MD:Langsir? Lama dah. Zaman pak kaduk punya tu.hahha.

AN:Ibu, pak kaduk tu siapa? sedara kita ke? tanya anak KT.

KT dan MD saling berpandangan. Seisi rumah yang sedang enak menikmati buah tembikai sambil menonton televisyen turut berpaling. Hampir tersedak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut adik kecik yang paling bongsu di dalam rumah itu. Terburai ketawa mereka.

Begitulah. Anak-anak kini banyak bertanya. Bayangkan kalau anak-anak kita bertanya sesuatu dah kita sebagai ibu bapa tidak mampu memberi jawapan dan penerangan yang tepat? emmm....perlu persiapkan diri dengan ilmu agar segala soalan anak-anak dapat dijawab ibu dan ayah...


Monday, December 12, 2011

Jom masak laksa







Assalamualaikum...Siapa suka makan laksa? Laksa ni boleh dikatakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai nama laksanya, misalnya laksa Perak,laksa jOhor, Laksa Peneng, Laksa Serawak dan sebagainya.

Macam mana agaknya nak buat laksa ya?
Mula-mula kenalah tahu bahan -bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan yang kita perlukan ialah:

Bahan A
Ikan kembung/ikan sardin 8 ekor ( direbus dahulu)
Cili kering (dikisar)
Bawang merah (dikisar)

Bahan B
Laksa
Bunga kantan
Daun Kesum
Telur
Cili
Bawang
Fish cake
Fish Ball
Timun



Ikan sardin tadi direbus dengan beberapa keping asan keping bagi menghilangkan hanyir. Air rebusan ikan disimpan digunakan untuk membuat kuah laksa. Kemudian ikan sardin yang direbus diasingkan tulang dan isinya. Ini bertujuan untuk mengelakkan tercekik tulang ketika menikmati hidangan. Asingkan tulang dan isi ikan kemudian kisar isi ikan dan masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi. Selepas itu kisar pula tulang ikan dan masukkan kedalam air rebusan ikan.Jangan lupa tapis ya.


Kemudian cili kering (ikut tahap pedas yang digemari) dipotong dan kisar. Kemudian masukkan cili kering yang sudah dikisar ke dalam air rebusan ikan. Bawang merah dikisar dan dimasukkan ke dalam air rebusan. Tamabh asam keping jika mahu kuah sedikit masam.


Masukkan bunga kantan, daun kesum dan garam sucukup rasa. Biarkan kuah masak di atas dapur.

Sekarang masanya untuk merebus telur dan mencelur laksa, fish ball, fish cake. ( Fish ball dan fish cake ikut suka kalau nak )


Potong timun, bawang dan cili dan sediakan di dalam bekas.

Laksa siap untuk dinikmati..Selamat mencuba..