layari

Monday, January 23, 2012

Musafir di KL sentral


Malam Jumaat dia berjalan seorang diri menarik beg roda yang diisi penuh pakaian.. Sudah malam..Niat dihati untuk bergerak lebih awal pada petang itu terpaksa dibatalkan kerana hujan turun agak lebat pada petang jumaat sehingga malamnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bergerak sejurus menunaikan solat isyak..

Langkah kakinya dilajukan kerana dia berseorangan sahaja ketika itu...bimbang juga, namun dia harus memberanikan diri..Alhamdulillah selamat sampai di stesen LRT yang berdekatan..Seusai membeli token di mesin dia segera menuju ke tangga bergerak sambil menarik beg rodanya..

Telinganya terasa berdenyut-denyut. Sakitnya belum hilang. Pagi tadi dia telah pergi ke klinik berdekatan dengan tempat pengajiannya. Namun masih tidak surut bengkaknya. Entah mengapa dia merasa sedikit kurang berpuas hati dengan doktor yang memeriksanya pagi tadi..sambil lewa sahaja..Dipegang telingannya..Sakit..masuk air barangkali..

Sangat ramai orang di KL Sentral...Tempat duduk pun penuh. Dia mengambil keputusan untuk duduk sahaja di atas lantai bersebelahan kerusi urut..Di sebelahnya kelihatan seorang kakak dengan anak kecilnya yang berumur empat tahun barangkali.

Kak, balik ipoh ke? tanya dia ramah.

Ipoh,adik?tanya kakak itu kembali sambil tersenyum.

BG kak, jawabku perlahan. Sakit di telinga telah menyebabkan kesukaran untuk dia menggerakkan mulut

Akak dari IJN ni. Teman anak akak buat scan. Alhamdulillah jantungnya belah kiri tak bengkak dah.

Dia melihat wajah anak kecil itu. Anak kecil itu menghidapi penyakit jantung berlubang. Hampir terkejut dia mendengar nak kecil dihadapannya itu berusia tujuh tahun sedangkan badannya seperti budak berusia empat tahun. Badannya sangat kecil.

Pandai akak jalan kat KL ni ye, kata dia.

Akak dulu duduk sini dek. 15 tahun duduk Kl. Jadi tahulah selok-belok KL ni. Tapi lepas suami akak meninggal akak bawa anak-anak akak tinggal duduk di kampung.

Akak ada berapa orang anak? tanyanya lagi.

Ada tiga dik. Yang ni nombor 3, yang sulung form 4, yang second form 2. Yang second pun sakit jantung berlubang juga dulu. Alhamdulillah selamat dia operate. Waktu tu arwah suami akak ada lagi. Anak akak no 2 tu special sikit. Dia slow learner.

Dia mendengar cerita yang disampaikan kakak disebelahnya. Entah mengapa tiba2 terluncur laju kata2 ini dari mulutnya.

Tabah akak ni ya.

Kakak disebelahnya memandangnya dan tersenyum....

p/s Setiap manusia yang bergelar hamba Allah tidak lari dari ujian hidup..Sungguh Allah mengetahui tahap dan kemampuan hambanya. Andai kita terasa diri kita susah ingatlah bahawa lebih ramai lagi yang susah. Biarpun kadangkala apa yang kita inginkan tidak kita miliki bersyukurlah dengan apa yang sudah kita miliki..Kerana rezeki itu semua Allah yang beri..milik Allah...Alhamdulillah...





No comments:

Post a Comment