layari

Friday, October 7, 2011

Dekati dahulu PemilikNYA






Petang ini,
Hujan turun dengan lebatnya,
Hujan rahmat di petang Jumaat,
" Nak buat apa ye? Selesaikan tugasan," kata hatinya.
Sambil menyempurnakan dan mengemaskinikan fail dia membelek-belek ruangan facebooknya. Ada artikel yang dihantar. Artikel yang bertajuk SHOUTUL IKHWAH: Perkongsian : Pemilik Jodoh


Dibacanya perlahan-lahan dengan penuh teliti. Lalu dijumpainya patah-patah perkataan yang berbunyi....."Jodoh itu perlu dicari bukan dengan cara mendekati sang jodoh, tetapi dengan mendekati Sang Pemilik Jodoh"

" Siapa PEMILIK JODOH??" tuturnya perlahan.... "PEMILIK JODOH adalah ALLAH S.W.T,"hatinya berkata...Jika dilihat pada keadaan masyarakat pada zaman kini banyak yang terkejar-kejar mencari sang jodoh sehingga melupakan Pemilik Jodoh. Mencari sang jodoh sehingga menyebabkan dirinya alpa dalam keasyikan.


Bagaimana mahu mendapat sang jodoh andai pemilik jodoh dilupakan? Sedangkan kalau kita mahu meminta atau meminjam sesuatu perlu kita meminta pada tuannya dengan sebaik mungkin.Misalnya, kita mahu meminjam baju dari kawan kita, kita perlu meminta dan berbaik dengannya. Barulah kawan kita memberi keizinan untuk meminjamnya. Jadi samalah juga, dalam usaha mencari jodoh, kita perlu mendapatkan keizinan dari Pemilik Jodoh iaitu tuhan kita, Allah S.W.T. Kita perlu mengenal tuhan kita, kita berusaha meningkatkan amalan dan ibadat kita, kita perlu mendekatkat diri kita kepadanya. InsyaAllah, sang jodoh yang diimpikan ditemui.Sang Jodoh yang dapat membimbing diri, anak-anak, keluarga, dan masyarakat ke arah mengenali Islam dan Allah S.W.T.


Berusahalah kita mendekati Pemilik Jodoh. Bukan memohon untuk bertemu jodoh semata-
mata, namun mencari dan mengharpkan keredhaan dariNYA. Semoga diri menjadi muslimah yang indah, yang dapat menggembirakan seisi dunia.Segalanya akan mudah andai redha Allah bersama.


Redhai perjalanan hidupku ini Ya Allah..