layari

Friday, December 23, 2011

Soalan pelik si anak

KT:Cantiknya langsir rumah kak tam. Langsir baru ke?

MD:Langsir? Lama dah. Zaman pak kaduk punya tu.hahha.

AN:Ibu, pak kaduk tu siapa? sedara kita ke? tanya anak KT.

KT dan MD saling berpandangan. Seisi rumah yang sedang enak menikmati buah tembikai sambil menonton televisyen turut berpaling. Hampir tersedak mendengar kata-kata yang keluar dari mulut adik kecik yang paling bongsu di dalam rumah itu. Terburai ketawa mereka.

Begitulah. Anak-anak kini banyak bertanya. Bayangkan kalau anak-anak kita bertanya sesuatu dah kita sebagai ibu bapa tidak mampu memberi jawapan dan penerangan yang tepat? emmm....perlu persiapkan diri dengan ilmu agar segala soalan anak-anak dapat dijawab ibu dan ayah...


Monday, December 12, 2011

Jom masak laksa







Assalamualaikum...Siapa suka makan laksa? Laksa ni boleh dikatakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Hampir setiap negeri di Malaysia mempunyai nama laksanya, misalnya laksa Perak,laksa jOhor, Laksa Peneng, Laksa Serawak dan sebagainya.

Macam mana agaknya nak buat laksa ya?
Mula-mula kenalah tahu bahan -bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan yang kita perlukan ialah:

Bahan A
Ikan kembung/ikan sardin 8 ekor ( direbus dahulu)
Cili kering (dikisar)
Bawang merah (dikisar)

Bahan B
Laksa
Bunga kantan
Daun Kesum
Telur
Cili
Bawang
Fish cake
Fish Ball
Timun



Ikan sardin tadi direbus dengan beberapa keping asan keping bagi menghilangkan hanyir. Air rebusan ikan disimpan digunakan untuk membuat kuah laksa. Kemudian ikan sardin yang direbus diasingkan tulang dan isinya. Ini bertujuan untuk mengelakkan tercekik tulang ketika menikmati hidangan. Asingkan tulang dan isi ikan kemudian kisar isi ikan dan masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi. Selepas itu kisar pula tulang ikan dan masukkan kedalam air rebusan ikan.Jangan lupa tapis ya.


Kemudian cili kering (ikut tahap pedas yang digemari) dipotong dan kisar. Kemudian masukkan cili kering yang sudah dikisar ke dalam air rebusan ikan. Bawang merah dikisar dan dimasukkan ke dalam air rebusan. Tamabh asam keping jika mahu kuah sedikit masam.


Masukkan bunga kantan, daun kesum dan garam sucukup rasa. Biarkan kuah masak di atas dapur.

Sekarang masanya untuk merebus telur dan mencelur laksa, fish ball, fish cake. ( Fish ball dan fish cake ikut suka kalau nak )


Potong timun, bawang dan cili dan sediakan di dalam bekas.

Laksa siap untuk dinikmati..Selamat mencuba..





Sebaris kata membara semangat,menyuntik jiwa



Situasi pertama

Tempat: Taman Permainan

Huh, penatlah along..begitulah kata adik selepas berjoging di taman permainan pada suatu petang. Masakan tidak, sudah berminggu-minggu adik cuti sem baru petang ni nak berjoging, itupun setelah diajak oleh alongnya berkali-kali.

"Hai, penat dah? macam mana nak main ragbi ni? lari pun tak larat,"kata alongnya. Sebenarnya alongnya juga sudah penat tetapi digagahkan juga untuk menunjukkan contoh yang baik.

" Tulah, riso adik, pertandingan ragbi minggu depan ni," adiknya berkata.

"InsyaAllah, boleh punya,main je elok-elok," emaknya menambah. Kalah menang tak apa, janji main biar seronok. Pengalaman kita dapat.



Situasi kedua

Tempat: Kawasan Kediaman Rumah

Pin,pin, bunyi hon kereta kedengaran.

" Adik, kawan sampai dah," panggil ayah. Adik meluru keluar dari rumah membawa beg bajunya.

" Main elok-elok ayahnya berpesan, InsyaAllah menang punya ". Adiknya mengangguk sambil menyalami ayah.




Situasi ketiga

Tempat: Bilik adik

" Yahooo", adik menjerit kecil. Emaknya yang baru menapak keluar dari bilik anak lelakinya itu segera berpaling.

Mak, mari tengok pointer adik. Alongnya segera berlari ke bilik adiknya. Terus melihat skrin laptop adik yang terang. Ayahnya hanya tersenyum. Adiknya gembira sungguh. Emak tersenyum, bibirnya pantas mengucap Alhamdulillah.

" Bagus anak emak," kata emaknya.


" Main elok-elok, InsyaAllah boleh."Biarpun kata-kata yang dituturkan biasa, tiada unsur gramatis dan sebagainya, namun padanya kata-kata itu sebenarnya sangat luar biasa. Sebaris kata yang menyuntik jiwa. Kata-kata ikhlas dari emak dan ayah itu merupakan doa. Terima Kasih Allah atas kurniaanMu. Mengurniakan emak dan ayah yang baik. Moga anak-anak ini menjadi anak soleh dan solehah...