layari

Saturday, January 28, 2012

Tulisanmu membuat abang berfikir..


Bestnye dia pergi study luar negara. Kenapalah aku tak belajar betul-betul dulu? Kalau tak sure dah pakai baju tebal2 ni dan menikmati pengalaman belajar di negara orang..
(Marwan cuba membayangkan dirinya dalam kot berbulu sambil memegang fail dan buku di tangan).

Untung betul Zammer, smart gila gambar dia ni..Jadi doktor gak ko Zammer. Aku kat UIA jelah nampaknya.
(Impiannya dari sekolah dahulu untuk menjadi doktor dan keluar negara tidak kesampaian)

Walaupun orang kata masuk UIA ni pun dah ok:
( dia teringat kata-kata sahabatnya ketika tawaran UPU keluar)

Ruhil: Marwan ko UIA ye? architecture kan? best tu..tahniah tau

Haikal: Tahniah Marwan, dapat masuk UIA..aku teringin benor sana. Tak ada rezeki aku..aku ke UITM Shah Alam.

Johan: Relax ah wei,. ko belajar ngan aku nanti kat UIA..kalau semua nak jadi doktor siapa nak join seni bina ni? positif sikit....

AKU NAK JADI DOKTOR......NAK STUDY OVERSEA......!!!!!!!!

..........................................................................................................................................................................

Sudah menjadi tabiat Marwan membuka blognye di malam hari..baru ada fell>>>>>>
Dan salah satu hobinya ialah membaca blog kawan-kawannya...

eh, ada adik Mr.bean ni, katanya perlahan.
(MR.bean merupakan sahabatnya ketika di sekolah dahulu, nama gelaran melekat sehingga kini)

Aku nak follow blog adik Bean ni.
Pergh dasyat blog UwAIS (adik Bean) ni. Ada bakat dalam penulisan..

Alhamdulillah, terasa bersyukur tidak terhingga kepada Allah S.W.T atas nikmat dan kurniaaNya..Hari ini saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UIA. Sebenarnya saya sedikit kecewa tidak mendapat tawaran ke IPG minggu lepas. Memang cita-ita saya untuk menjadi seorang pendidik..namun, semua ini bukan rezeki saya..Allah udah aturkan yang terbaik buat hambanya.. saya bersyukur kerana telah diberikan rezeki ini. InsyaAllah saya akan ke UIA dalam bidang architecture ..
Allah lebih mengetahui apa yang sesuai untuk hambaNYA ini.. Ada hikmah di atas setiap yang terjadi...
Sudah tertulis Uwais Bin Fakrul melanjutkan pelajaran di UIA dalam bidang architecture...

Abang-abang senior tolonglah adik junior mu ini ya...see u there...


Selamat datang Uwais..juniorku...
Marwan meraup wajahnya..
sungguh, aku dah lalui hampir setahun di UIA..namun aku masih tak dapat terima lagi semuanya...aku tak pernah bersyukur, setiap hari asyik mengeluh ja...kesian umi dan abah..

Alhamdulillah, Uwais terima kasih atas tulisanmu dik yang membuat abangmu ini berfikir...
Sudah ditentukan Marwan Bin Jamal seorang penuntut UIA dalam architecture....
Aku redha Ya Allah


p/s...Bersyukurlah atas segala pemberian Allah...Allah lebih mengetahui hambaNya...

Usiaku


Alhamdulillah..Sabtu lalu penulis bersama-sama beberapa orang sahabat sekolah menengahnya dijemput menghadiri kenduri kahwin seorang sahabatnya. Paling seronok sekali penulis dapat bertemu dengan sahabat-sahabatnya yang lain yang hampir enam tahun tidak bertemu...

Alhamdulillah, sangat gembira rasanya melihat sahabat-sahabat telah berjaya. Ada yang sudah bekerja, masih menyambung pelajaran dan sebagainya...Rezeki masing-masing..Allah yang beri, Alhamdulillah..

We already 23 this year, kata seorang sahabat yang sedang menuntut di Rusia dalam bidang kedoktoran.

Cepat betul masa berlalu, umur semakin bertambah, tambah sahabatnya yang sedang leka menyuapkan nasi.

Yelah, kawan kita tu pun dah kahwin, jadi isteri orang dah. Ingat tak dulu-dulu masa kita sekolah? macam tak percayakan sekarang iza dah kahwin.

Apa yang tak cayanye? PERCAYALAH, Miera menyanyikan sebaris kata dari lagu Datuk Siti Nurhaliza...

Betul, cepat masa berlalu. Umur kita makin meningkat. Alhamdulillah, bersyukur kerana pada saat ini umur kita dipanjangkan. Allah masih lagi memberi kita nikmat tubuh badan yang sihat dan sempurna. InsyaAllah, lepas ni adalah antara kita pula yang bakal jadi isteri orang, kata penulis sambil tergelak.

Moga umur dan usia yang Allah anugerahkan pada kita ini sentiasa dalam rahmat dan berkatNya. Kita gunakan untuk buat kebaikan sebanyak mungkin sebabnye tak tahu bila Allah akan tarik nyawa kita, tambah Farah.

Semuanya terlopong mendengar kata-kata Farah...

Usia pinjaman Allah..
Jom kita gunakan usia untuk mencari bekalan bagi kehidupan akhirat kelak...
Jangan sesekali mensia-siakan usia dan umur kita dengan melakukan perkara yang tidak baik dan melakukan perbuatan maksiat...
Mungkin bagi pemuda dan pemudi merasakan masa kita masih lama, namun ingatlah mati itu tidak mengenal usia..
Mati bukan hanya pada yang bergelar SI TUA, tapi pada sesiapa sahaja...
Moga usia yang Allah anugerahkan ini, dimanfaatkan bersama...





Monday, January 23, 2012

Musafir di KL sentral


Malam Jumaat dia berjalan seorang diri menarik beg roda yang diisi penuh pakaian.. Sudah malam..Niat dihati untuk bergerak lebih awal pada petang itu terpaksa dibatalkan kerana hujan turun agak lebat pada petang jumaat sehingga malamnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bergerak sejurus menunaikan solat isyak..

Langkah kakinya dilajukan kerana dia berseorangan sahaja ketika itu...bimbang juga, namun dia harus memberanikan diri..Alhamdulillah selamat sampai di stesen LRT yang berdekatan..Seusai membeli token di mesin dia segera menuju ke tangga bergerak sambil menarik beg rodanya..

Telinganya terasa berdenyut-denyut. Sakitnya belum hilang. Pagi tadi dia telah pergi ke klinik berdekatan dengan tempat pengajiannya. Namun masih tidak surut bengkaknya. Entah mengapa dia merasa sedikit kurang berpuas hati dengan doktor yang memeriksanya pagi tadi..sambil lewa sahaja..Dipegang telingannya..Sakit..masuk air barangkali..

Sangat ramai orang di KL Sentral...Tempat duduk pun penuh. Dia mengambil keputusan untuk duduk sahaja di atas lantai bersebelahan kerusi urut..Di sebelahnya kelihatan seorang kakak dengan anak kecilnya yang berumur empat tahun barangkali.

Kak, balik ipoh ke? tanya dia ramah.

Ipoh,adik?tanya kakak itu kembali sambil tersenyum.

BG kak, jawabku perlahan. Sakit di telinga telah menyebabkan kesukaran untuk dia menggerakkan mulut

Akak dari IJN ni. Teman anak akak buat scan. Alhamdulillah jantungnya belah kiri tak bengkak dah.

Dia melihat wajah anak kecil itu. Anak kecil itu menghidapi penyakit jantung berlubang. Hampir terkejut dia mendengar nak kecil dihadapannya itu berusia tujuh tahun sedangkan badannya seperti budak berusia empat tahun. Badannya sangat kecil.

Pandai akak jalan kat KL ni ye, kata dia.

Akak dulu duduk sini dek. 15 tahun duduk Kl. Jadi tahulah selok-belok KL ni. Tapi lepas suami akak meninggal akak bawa anak-anak akak tinggal duduk di kampung.

Akak ada berapa orang anak? tanyanya lagi.

Ada tiga dik. Yang ni nombor 3, yang sulung form 4, yang second form 2. Yang second pun sakit jantung berlubang juga dulu. Alhamdulillah selamat dia operate. Waktu tu arwah suami akak ada lagi. Anak akak no 2 tu special sikit. Dia slow learner.

Dia mendengar cerita yang disampaikan kakak disebelahnya. Entah mengapa tiba2 terluncur laju kata2 ini dari mulutnya.

Tabah akak ni ya.

Kakak disebelahnya memandangnya dan tersenyum....

p/s Setiap manusia yang bergelar hamba Allah tidak lari dari ujian hidup..Sungguh Allah mengetahui tahap dan kemampuan hambanya. Andai kita terasa diri kita susah ingatlah bahawa lebih ramai lagi yang susah. Biarpun kadangkala apa yang kita inginkan tidak kita miliki bersyukurlah dengan apa yang sudah kita miliki..Kerana rezeki itu semua Allah yang beri..milik Allah...Alhamdulillah...