layari

Saturday, October 30, 2010

Tak rugi Pun

Pagi itu dia berasa sangat lapar. Seusai kelas MAB dia sepantas kilat bergerak menuju ke kantin bersama-sama teman sekelasnya yang turut kelaparan..Mungkin disebabkan terlalu lapar, dia dan teman-teman tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran sebentar tadi..Ah,itu semua alasan yang sering digunakan untuk menyedapkan hati sahaja. Bilalah nak berubah nie...

Syukur Alhamdullilah, senior-senior dan junior-junior tidak keluar untuk berehat lagi. Jika tidak pasti kantin sesak dengan mereka,pasti tempat duduk penuh dan sebagainya.

Semasa sedang sibuk menyiduk makanan, dia ternampak kelibat sahabatnya...ya sahabat tempat dia berkongsi rasa bahagia dan sedih...rasa sayang padanya bertambah setelah 2 tahun berkenalan...Semoga persahabatan dan ikatan ukhwah ini sentiasa mendapat redha daripada Allah S.W.T...Persahabatan yang terjalin kian manis apabila setiap pertemuan disertai dengan kongsian ilmu dan nasihat yang berguna. Mana nak cari sahabat yang sanggup memberi sokongan dan teguran dikala diri memerlukan kekuatan.

Satu nasihat dan kata-kata yang takkan dia lupa. Kata-kata dari seorang sahabat yang menyebabkannya berfikir..Kata-kata yang telah memuhasabahkan diri yang sering leka dan lalai ini.... Ya Allah,terima kasih kerana menegur aku melalui sahabatku ini. Bersyukur sangat rasanya.

Pesan sahabatku,

Kita hidup sebagai seorang hamba. Yakni hamba kepada Allah S.W.T dan kita juga merupakan khalifah dimuka bumi ini. Sebagai seorang hamba pasti kita perlu menurut perintah Allah S.W.T. Sebenarnya dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba, Allah memberi kita pilihan samaada untuk memilih syurga atau neraka. Hanya dua pilihan iaitu syurga dan neraka.Bergantung kepada kita untuk memilih sama ada hendak ke syurga atau neraka. Orang yang banyak melaksanakan kebaikan serta segala perintah yang ditetapkan insyaAllah ditempatkan di syurga dan jika sebaliknya tempatnya di neraka.Nauzubillah...

Persoalannya, kenapa kita tidak menjadi hamba yang benar2 baik dan soleh setelah mengetahui syurga tempat orang yang baik dan soleh? Kenapa terus menerus melakukan kejahatan dan dosa jika kita tahu ia merupakan saham ke neraka? Dan yang pasti tak ada tempat untuk hamba yang merasakan dirinya separuh baik dan jahat. Tak ada tempat diantara syurga dan neraka. Justeru jadilah hamba yang terus berusaha menjadikan diri terbaik dan soleh . Jadilah hamba yang baik sebenar-benarnya.Tak rugi pun..

Jadi hamba yang betul-betul baik...tak rugi pun..kenapa nak buat baik separuh je? Misalnya, kenapa tak tutup aurat sepenuhnya? Tudung dilabuhkan menutupi dada, baju dilabuhkan, stoking dipakai..kan lebih baik begini daripada tutup sebahagian..emmm..persoalan menjengah difikirannya sambil tangan menyuapkan isi ikan keli masak cili yang menjadi kegemarannya...Berusaha menjadi hamba yang baik dan solehah,monolong hatinya...Ayuh..Jadilah hamba yang baik dan soleh bersungguh-sungguh...Tak rugi pun......

No comments:

Post a Comment