layari

Sunday, June 12, 2011

Kasih Ibu Gajah

Sekawan gajah menyerbu ke arah kolam air. Lagak seperti sebuah keluarga besar yang terdiri dari atuk,nenek,emak,ayah,anak-anak,cucu-cicit serta jiran tetangga.Gajah-gajah berkumpul di tepi kolam air berlumpur untuk menghilangkan dahaga. Suhu di bumi Afrika cukup panas. Matahari memancar tegak di ufuk timur. Ada juga yang membasahkan badan dengan menyemburkan air melalui belalainya yang panjang. Seronok gajah-gajah bermandi manda.



Kelihatan ada seekor anak gajah yang berumur 2 tahun berada di bawah perut seekor gajah besar, ibunya mungkin. Anak gajah bermain-main di bawah perut ibunya dan bergerak menghampiri tebing kolam. Dush, air kolam bergelombang, anak gajah yang kecil jatuh di dalam kolam air berlumpur.

Anak gajah bertungkus lumus untuk naik ke atas tebing. Panik sungguh wajah anak gajah itu. Bersungguh-sungguh anak gajah naik ke atas,namun tetap tidak berjaya. Dinding kolam terlalu licin !!

Ibu dan ayah gajah gelisah dan risau dengan keadaan anaknya. Ibu dan ayah anak gajah membantu anaknya. Ibu gajah memaut anaknya dengan belalai, tetapi tidak berjaya. Belalai yang selama ini mampu untuk menarik dan mengangkat kayu balak tidak mampu untuk mengangkat anaknya yang masih kecil yang beratnya hanya dalam 300 paun mungkin. Risau ibu tidak kepalang, tidak mampu dia membantu anaknya.Badan anaknya licin akibat lumpur. Melutut si ibu gajah untuk memastikan pautan belalai di badan anaknya kukuh.Tetap tidak berjaya.

Ibu gajah segera turun ke dalam kolam bersama suaminya. Dia perlu menolak anaknya yang masih kecil agar tidak lemas di dalam lumpur. Hilang segala ketakutan si Ibu dan ayah pada kedalaman kolam.

Agak2nya, apalah kata-kata si ibu dengan anaknya? sabar ya nak, ibu ada, ibu tolong, jangan panik nak..adakah itu dialog si ibu gajah?

Si ibu dan si ayah gajah kecil menolak anaknya ke tepi dan mencari tebing yang lebih rendah, ditolak anaknya agar mudah menaiki tebing. Terketar-ketar kaki anaknya. Menggigil kesejukan, ketakutan..takutnya. Setelah bersusah payah, akhirnya, anak gajah berjaya naik ke tebing. Ibu gajah menbelai anaknya dengan penuh kasih. Dibetulkan badan anaknya agar mampu berdiri dengan baik.

Berkumpullah segerombolan gajah-gajah lain yang turut risau akan keselamatan anak gajah kecil sebentar tadi. Adik beradik dan sepupu2 anak gajah kegembiraan melihat anak gajah kecil tersayang selamat dari kemalangan yang baru ditimpa.

Hebat sungguh kasih ibu gajah terhadap anaknya. Hebatkan? Sanggup berhempas pulas menyelamatkan anaknya. Walaupun tidak mempunyai akal namun naluri kasih sayang itu ada. Naluri semulajadi yang telah dianugerahkan oleh Allah S.WT. kepada setiap ciptaannya.

Namun, bagaimana kini sebagai manusia? Yang punya akal serta naluri keibuan, naluri kebapaan,kasih-sayang yang diberikan oleh Allah S.W.T? sayangkah pada anak-anaknya?

Kalau sayang, kenapakah anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari sanggup dibuang,ditinggalkan sehingg dijamah oleh sang biawak, dibungkus bagaikan sampah tidak berguna? mengapa? MasyaAllah...anak itu tidak berdosa, kesian mereka..

Sayangkah manusia pada anaknya jika gejala sumbang mahram semakin berleluasa? ” Haruan makan anak”, “ harapkan pagar pagar makan padi”. Astagfirullahhalzim, kesian mereka,..renunglah muka anak-anak ini, mereka anak kamu...jangan musnahkan masa depan mereka..

Anak adalah amanah yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada ibu dan bapa.

Bukan semua pasangan yang dimurahkan rezeki untuk memperolehi cahaya mata...

Beruntunglah bagi yang memeperolehinya

Jadi sempurnakan tanggungjawab itu..

Jangan sia-siakan mereka..


Keluarga bahagia, keluarga yang anggotanya saling sayang menyayangi kerana Allah S.W.T.

...InsyaAllah

No comments:

Post a Comment