


Kelihatan ada seekor anak gajah yang berumur 2 tahun berada di bawah perut seekor gajah besar, ibunya mungkin. Anak gajah bermain-main di bawah perut ibunya dan bergerak menghampiri tebing kolam. Dush, air kolam bergelombang, anak gajah yang kecil jatuh di dalam kolam air berlumpur.
Anak gajah bertungkus lumus untuk naik ke atas tebing. Panik sungguh wajah anak gajah itu. Bersungguh-sungguh anak gajah naik ke atas,namun tetap tidak berjaya. Dinding kolam terlalu licin !!
Ibu dan ayah gajah gelisah dan risau dengan keadaan anaknya. Ibu dan ayah anak gajah membantu anaknya. Ibu gajah memaut anaknya dengan belalai, tetapi tidak berjaya. Belalai yang selama ini mampu untuk menarik dan mengangkat kayu balak tidak mampu untuk mengangkat anaknya yang masih kecil yang beratnya hanya dalam 300 paun mungkin. Risau ibu tidak kepalang, tidak mampu dia membantu anaknya.Badan anaknya licin akibat lumpur. Melutut si ibu gajah untuk memastikan pautan belalai di badan anaknya kukuh.Tetap tidak berjaya.
Ibu gajah segera turun ke dalam kolam bersama suaminya. Dia perlu menolak anaknya yang masih kecil agar tidak lemas di dalam lumpur. Hilang segala ketakutan si Ibu dan ayah pada kedalaman kolam.
Agak2nya, apalah kata-kata si ibu dengan anaknya? sabar ya nak, ibu ada, ibu tolong, jangan panik nak..adakah itu dialog si ibu gajah?
Si ibu dan si ayah gajah kecil menolak anaknya ke tepi dan mencari tebing yang lebih rendah, ditolak anaknya agar mudah menaiki tebing. Terketar-ketar kaki anaknya. Menggigil kesejukan, ketakutan..takutnya. Setelah bersusah payah, akhirnya, anak gajah berjaya naik ke tebing. Ibu gajah menbelai anaknya dengan penuh kasih. Dibetulkan badan anaknya agar mampu berdiri dengan baik.
Berkumpullah segerombolan gajah-gajah lain yang turut risau akan keselamatan anak gajah kecil sebentar tadi. Adik beradik dan sepupu2 anak gajah kegembiraan melihat anak gajah kecil tersayang selamat dari kemalangan yang baru ditimpa.
Hebat sungguh kasih ibu gajah terhadap anaknya. Hebatkan? Sanggup berhempas pulas menyelamatkan anaknya. Walaupun tidak mempunyai akal namun naluri kasih sayang itu ada. Naluri semulajadi yang telah dianugerahkan oleh Allah S.WT. kepada setiap ciptaannya.
Namun, bagaimana kini sebagai manusia? Yang punya akal serta naluri keibuan, naluri kebapaan,kasih-sayang yang diberikan oleh Allah S.W.T? sayangkah pada anak-anaknya?
Kalau sayang, kenapakah anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari sanggup dibuang,ditinggalkan sehingg dijamah oleh sang biawak, dibungkus bagaikan sampah tidak berguna? mengapa? MasyaAllah...anak itu tidak berdosa, kesian mereka..
Sayangkah manusia pada anaknya jika gejala sumbang mahram semakin berleluasa? ” Haruan makan anak”, “ harapkan pagar pagar makan padi”. Astagfirullahhalzim, kesian mereka,..renunglah muka anak-anak ini, mereka anak kamu...jangan musnahkan masa depan mereka..
Anak adalah amanah yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada ibu dan bapa.
Bukan semua pasangan yang dimurahkan rezeki untuk memperolehi cahaya mata...
Beruntunglah bagi yang memeperolehinya
Jadi sempurnakan tanggungjawab itu..
Jangan sia-siakan mereka..
Keluarga bahagia, keluarga yang anggotanya saling sayang menyayangi kerana Allah S.W.T.
...InsyaAllah
Ada tiga orang budak hitam. Budak yang pertama bernama Ahmad, budak yang kedua bernama Adi dan budak yang ketiga bernama Amir. Ketiga-tiga budak hitam ini merupakan sahabat baik.
Pada suatu hari, ketika mereka berjalan-jalan di padang pasir, mereka ternampak sebuah teko lama. Lalu, Ahmad pun mengambil teko dan menggosok-gosok teko yang kotor yang terkena tanah dengan bajunya. Tidak semena-mena, keluar seekor jin dari teko itu. Ketiga-tiga budak hitam tadi terkejut bukan kepalang.
“ Terima kasih kepada kamu semua kerana telah membebaskan aku dari teko ini. Sudah lama aku berada di dalam teko ini akhirnya aku keluar melihat dunia. Jadi aku ingin membalas jasa kamu bertiga. Kamu diberi peluang untuk membuat permintaan sekali bagi setiap seorang. Pintalah apa sahaja yang kamu mahu, pasti akan aku laksanakan”, kata Jin dengan bangganya.
" Baiklah, aku mahu kulit yang putih, putihkan kulit aku ini", kata Ahmad kegembiraan. Dengan sekelip mata, Ahmad pun bertukar menjadi putih seperti yang dikehendaki. “Aku juga mahu menjadi putih seperti Ahmad, kata Adi. Dengan sekelip mata, Adi berubah menjadi budak yang putih.
Lalu Amir pun menyatakan bahawa dia juga mahu menjadi putih seperti kedua-dua rakannya, tapi dia mahu mempunyai kulit yang lebih putih dari Ahmad dan Adi. “ Aku mahu kulit yang lebih putih dari mereka berdua”kata Amir. Lalu jin pun berkata, tidak boleh, putih tadi adalah yang paling putih.
Lalu Amir pun berkata, kalau macam itu, jadikan kembali kedua-dua rakan aku gelap seperti aku kembali. Dan dengan sekelip mata kulit kedua orang sahabat yang putih kembali hitam. Amir berasa puas hati kerana sahabtnya kembali hitam seperti dahulu dan warna mereka sama.
Ahmad dan Adi berasa sedih dan terkejut dengan tindakan Amir. Sampai hati Amir memperlakukan mereka begini.
Kenapa boleh jadi macam ni? Boleh ja kalau Amir meminta hajat untuk kulitnya putih seperti sahabatnya yang lain,akan tetapi dia tidak mahu. Dia rela melihat sahabatnya kembali gelap sepertinya. Amir mahu mendapat lebih dari sahabatnya, Amir dengki.
Cerita di atas boleh kita ambil sebagai pengajaran. Sifat dengki hanya merugikan diri. Tiada manfaat yang diperolehi hanya merosakkan diri malah pasti tidak disukai oleh sahabat-sahabat sahaja.
Dalam sebuah hadis Nabi berkata;
"Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan-kebaikan sepertimana api yang memakan (membakar) kayu api."
Dan jangan sesekali kita meminta sesuatu hajat selain dari Allah S.W.T...tiada kuasa lain yang hebat melainkan hanya Allah S.W.T.
Bahan
Gula halus 1 cawan
Mentega 1 buku
Tepung Blue Key 2 cawan
Telur 5 biji
Serbuk koko ( van houten) 2 cawan
Air suam
Cara-caranya:-
Adunan A
Pukul gula halus dengan mentega sehingga kembang. Kemudian masukkan 2 cawan tepung blue key ( tepung nie dah ada serbuk penaik senang sikit). Pukul lagi adunan sehiingga sebati. Selepas itu, masukkkan 5 biji telur perlahan-lahan dan pukul sehingga kembang.
Adunan B
Sukat serbuk koko sebanyak dua cawan dan letakkan di dalam mangkuk. Gunakan air suam dan kacaukan dengan serbuk koko. Pastikan serbuk koko larut dalam air suam dan tiada ketulan. ( Guna air suam, InsyaAllah jadi, air sejuk kalo guna tak jadi, serbuk koko berketul-ketul). Kemudian masukkan bancuhan serbuk koko ke dalam adunan A. Kacau adunan sehingga kembang dan rata.
Sediakan bekas. Ambil sedikit mentega, sapukan pada bekas kek coklat cinta yang mahu digunakan. Tujuannya supaya kek tak melekat semasa nak dikeluarkan. Masukkan adunan perlahan-lahan ke dalam bekas. Kemudian masukkan ke dalam oven mengikut suhu yang sesuai.
InsyaAllah kek coklat cinta sedap dinikmati bersama keluarga.
Apa lagi,selamat mencuba ye kawan2. Ada yang nak cuba bagi kejutan pada mak, ayah dan adik-beradik sempena hari jadi? Boleh lah cuba masak kek coklat cinta. Kalau dahulu beli, sekarang kite cuba buat sendiri... Bagi mak, ayah, adik beradik merasa. Tak kira kita anak lelaki ke ,anak peremuan ke moh kita mencuba..InsyaAllah, mereka pasti bahagia melihat anak2 mereka berusaha belajar memasak...Resepi nie, ana belajar dari makcik ana...
Manfaatkan cuti dengan membantu mak,ayah dan ziarah-menziarahi sanak saudara.....