layari
Sunday, July 31, 2011
Salam Ramadan
Salam kemaafan dari ana atas segala salah n silap sama ada sedar atau tidak.. Ayuh sahabat mari jadi hamba yang lebih proaktif lebih-lebih di bulan yang mulia ini....
Luruskan niat dalam berdakwah dan beramal..
Moga kita semua terus dalam redha Ilahi hingga ke akhir hayat..
" Walaupun diri ini tidak betah untuk meminta syurga kerana amalan yang dilaksana sekelumit cuma..namun sabagai hamba kita perlu berusaha, berusaha dan terus berusaha meningkatkan diri dan amal ibadat kepadaNYa
kerna Allah memandang usaha yang dikerjakan hambanya..sungguh pemurah dan penyayang tuhan kita, Allah S.W.T...
"Ya Allah, bantulah kami agar kami sentiasa mengingatiMU, bantulah kami agar kami sentiasa mensyukuri nikmat kurniaanMU dan bantulan kami Ya Allah, agar kami sentiasa berusaha meningkatkan amal ibadat kami kepadaMu"...Amin..
Tuesday, July 26, 2011
Salahuddin Al-Ayubi
Friday, June 17, 2011
InsyaAllah, takkan lupa



Sunday, June 12, 2011
Kasih Ibu Gajah

Kelihatan ada seekor anak gajah yang berumur 2 tahun berada di bawah perut seekor gajah besar, ibunya mungkin. Anak gajah bermain-main di bawah perut ibunya dan bergerak menghampiri tebing kolam. Dush, air kolam bergelombang, anak gajah yang kecil jatuh di dalam kolam air berlumpur.
Anak gajah bertungkus lumus untuk naik ke atas tebing. Panik sungguh wajah anak gajah itu. Bersungguh-sungguh anak gajah naik ke atas,namun tetap tidak berjaya. Dinding kolam terlalu licin !!
Ibu dan ayah gajah gelisah dan risau dengan keadaan anaknya. Ibu dan ayah anak gajah membantu anaknya. Ibu gajah memaut anaknya dengan belalai, tetapi tidak berjaya. Belalai yang selama ini mampu untuk menarik dan mengangkat kayu balak tidak mampu untuk mengangkat anaknya yang masih kecil yang beratnya hanya dalam 300 paun mungkin. Risau ibu tidak kepalang, tidak mampu dia membantu anaknya.Badan anaknya licin akibat lumpur. Melutut si ibu gajah untuk memastikan pautan belalai di badan anaknya kukuh.Tetap tidak berjaya.
Ibu gajah segera turun ke dalam kolam bersama suaminya. Dia perlu menolak anaknya yang masih kecil agar tidak lemas di dalam lumpur. Hilang segala ketakutan si Ibu dan ayah pada kedalaman kolam.
Agak2nya, apalah kata-kata si ibu dengan anaknya? sabar ya nak, ibu ada, ibu tolong, jangan panik nak..adakah itu dialog si ibu gajah?
Si ibu dan si ayah gajah kecil menolak anaknya ke tepi dan mencari tebing yang lebih rendah, ditolak anaknya agar mudah menaiki tebing. Terketar-ketar kaki anaknya. Menggigil kesejukan, ketakutan..takutnya. Setelah bersusah payah, akhirnya, anak gajah berjaya naik ke tebing. Ibu gajah menbelai anaknya dengan penuh kasih. Dibetulkan badan anaknya agar mampu berdiri dengan baik.
Berkumpullah segerombolan gajah-gajah lain yang turut risau akan keselamatan anak gajah kecil sebentar tadi. Adik beradik dan sepupu2 anak gajah kegembiraan melihat anak gajah kecil tersayang selamat dari kemalangan yang baru ditimpa.
Hebat sungguh kasih ibu gajah terhadap anaknya. Hebatkan? Sanggup berhempas pulas menyelamatkan anaknya. Walaupun tidak mempunyai akal namun naluri kasih sayang itu ada. Naluri semulajadi yang telah dianugerahkan oleh Allah S.WT. kepada setiap ciptaannya.
Namun, bagaimana kini sebagai manusia? Yang punya akal serta naluri keibuan, naluri kebapaan,kasih-sayang yang diberikan oleh Allah S.W.T? sayangkah pada anak-anaknya?

Kalau sayang, kenapakah anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari sanggup dibuang,ditinggalkan sehingg dijamah oleh sang biawak, dibungkus bagaikan sampah tidak berguna? mengapa? MasyaAllah...anak itu tidak berdosa, kesian mereka..
Sayangkah manusia pada anaknya jika gejala sumbang mahram semakin berleluasa? ” Haruan makan anak”, “ harapkan pagar pagar makan padi”. Astagfirullahhalzim, kesian mereka,..renunglah muka anak-anak ini, mereka anak kamu...jangan musnahkan masa depan mereka..
Anak adalah amanah yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada ibu dan bapa.
Bukan semua pasangan yang dimurahkan rezeki untuk memperolehi cahaya mata...
Beruntunglah bagi yang memeperolehinya
Jadi sempurnakan tanggungjawab itu..
Jangan sia-siakan mereka..


Keluarga bahagia, keluarga yang anggotanya saling sayang menyayangi kerana Allah S.W.T.
...InsyaAllah
Tuesday, June 7, 2011
Kongsian di pagi Hari
Monday, June 6, 2011
Nak lebih Putih lagi dari dia
ADI
Ada tiga orang budak hitam. Budak yang pertama bernama Ahmad, budak yang kedua bernama Adi dan budak yang ketiga bernama Amir. Ketiga-tiga budak hitam ini merupakan sahabat baik.
Pada suatu hari, ketika mereka berjalan-jalan di padang pasir, mereka ternampak sebuah teko lama. Lalu, Ahmad pun mengambil teko dan menggosok-gosok teko yang kotor yang terkena tanah dengan bajunya. Tidak semena-mena, keluar seekor jin dari teko itu. Ketiga-tiga budak hitam tadi terkejut bukan kepalang.


“ Terima kasih kepada kamu semua kerana telah membebaskan aku dari teko ini. Sudah lama aku berada di dalam teko ini akhirnya aku keluar melihat dunia. Jadi aku ingin membalas jasa kamu bertiga. Kamu diberi peluang untuk membuat permintaan sekali bagi setiap seorang. Pintalah apa sahaja yang kamu mahu, pasti akan aku laksanakan”, kata Jin dengan bangganya.
" Baiklah, aku mahu kulit yang putih, putihkan kulit aku ini", kata Ahmad kegembiraan. Dengan sekelip mata, Ahmad pun bertukar menjadi putih seperti yang dikehendaki. “Aku juga mahu menjadi putih seperti Ahmad, kata Adi. Dengan sekelip mata, Adi berubah menjadi budak yang putih.



Lalu Amir pun menyatakan bahawa dia juga mahu menjadi putih seperti kedua-dua rakannya, tapi dia mahu mempunyai kulit yang lebih putih dari Ahmad dan Adi. “ Aku mahu kulit yang lebih putih dari mereka berdua”kata Amir. Lalu jin pun berkata, tidak boleh, putih tadi adalah yang paling putih.

Lalu Amir pun berkata, kalau macam itu, jadikan kembali kedua-dua rakan aku gelap seperti aku kembali. Dan dengan sekelip mata kulit kedua orang sahabat yang putih kembali hitam. Amir berasa puas hati kerana sahabtnya kembali hitam seperti dahulu dan warna mereka sama.



Ahmad dan Adi berasa sedih dan terkejut dengan tindakan Amir. Sampai hati Amir memperlakukan mereka begini.
Kenapa boleh jadi macam ni? Boleh ja kalau Amir meminta hajat untuk kulitnya putih seperti sahabatnya yang lain,akan tetapi dia tidak mahu. Dia rela melihat sahabatnya kembali gelap sepertinya. Amir mahu mendapat lebih dari sahabatnya, Amir dengki.
Cerita di atas boleh kita ambil sebagai pengajaran. Sifat dengki hanya merugikan diri. Tiada manfaat yang diperolehi hanya merosakkan diri malah pasti tidak disukai oleh sahabat-sahabat sahaja.

Dalam sebuah hadis Nabi berkata;
"Sesungguhnya hasad dengki itu memakan kebaikan-kebaikan sepertimana api yang memakan (membakar) kayu api."
- - Banyak sangatkah amalan kita untuk dibiarkan dibakar seperti kayu api?
- - Amalan dan kebaikan yang sedikit hilang dan musnah dengan sekelip mata andai hasad denggi memenuhi hati.
- - Amalan kian kontang, dosa kian bertambah itulah hasil hasad dengki.
- - Tidak perlu menanam benih dengki kerana setiap rezeki ditentukan oleh Allah S.W.T
- - Sembuhkan dengan sifat dengki dengan semburan ubat keyakinan pada Allah S.W.T
- Andai kita yakin pada Allah, InsyaAllah tiada dengki di dalam hati.

Dan jangan sesekali kita meminta sesuatu hajat selain dari Allah S.W.T...tiada kuasa lain yang hebat melainkan hanya Allah S.W.T.
