layari

Monday, December 12, 2011

Sebaris kata membara semangat,menyuntik jiwa



Situasi pertama

Tempat: Taman Permainan

Huh, penatlah along..begitulah kata adik selepas berjoging di taman permainan pada suatu petang. Masakan tidak, sudah berminggu-minggu adik cuti sem baru petang ni nak berjoging, itupun setelah diajak oleh alongnya berkali-kali.

"Hai, penat dah? macam mana nak main ragbi ni? lari pun tak larat,"kata alongnya. Sebenarnya alongnya juga sudah penat tetapi digagahkan juga untuk menunjukkan contoh yang baik.

" Tulah, riso adik, pertandingan ragbi minggu depan ni," adiknya berkata.

"InsyaAllah, boleh punya,main je elok-elok," emaknya menambah. Kalah menang tak apa, janji main biar seronok. Pengalaman kita dapat.



Situasi kedua

Tempat: Kawasan Kediaman Rumah

Pin,pin, bunyi hon kereta kedengaran.

" Adik, kawan sampai dah," panggil ayah. Adik meluru keluar dari rumah membawa beg bajunya.

" Main elok-elok ayahnya berpesan, InsyaAllah menang punya ". Adiknya mengangguk sambil menyalami ayah.




Situasi ketiga

Tempat: Bilik adik

" Yahooo", adik menjerit kecil. Emaknya yang baru menapak keluar dari bilik anak lelakinya itu segera berpaling.

Mak, mari tengok pointer adik. Alongnya segera berlari ke bilik adiknya. Terus melihat skrin laptop adik yang terang. Ayahnya hanya tersenyum. Adiknya gembira sungguh. Emak tersenyum, bibirnya pantas mengucap Alhamdulillah.

" Bagus anak emak," kata emaknya.


" Main elok-elok, InsyaAllah boleh."Biarpun kata-kata yang dituturkan biasa, tiada unsur gramatis dan sebagainya, namun padanya kata-kata itu sebenarnya sangat luar biasa. Sebaris kata yang menyuntik jiwa. Kata-kata ikhlas dari emak dan ayah itu merupakan doa. Terima Kasih Allah atas kurniaanMu. Mengurniakan emak dan ayah yang baik. Moga anak-anak ini menjadi anak soleh dan solehah...











Friday, October 7, 2011

Dekati dahulu PemilikNYA






Petang ini,
Hujan turun dengan lebatnya,
Hujan rahmat di petang Jumaat,
" Nak buat apa ye? Selesaikan tugasan," kata hatinya.
Sambil menyempurnakan dan mengemaskinikan fail dia membelek-belek ruangan facebooknya. Ada artikel yang dihantar. Artikel yang bertajuk SHOUTUL IKHWAH: Perkongsian : Pemilik Jodoh


Dibacanya perlahan-lahan dengan penuh teliti. Lalu dijumpainya patah-patah perkataan yang berbunyi....."Jodoh itu perlu dicari bukan dengan cara mendekati sang jodoh, tetapi dengan mendekati Sang Pemilik Jodoh"

" Siapa PEMILIK JODOH??" tuturnya perlahan.... "PEMILIK JODOH adalah ALLAH S.W.T,"hatinya berkata...Jika dilihat pada keadaan masyarakat pada zaman kini banyak yang terkejar-kejar mencari sang jodoh sehingga melupakan Pemilik Jodoh. Mencari sang jodoh sehingga menyebabkan dirinya alpa dalam keasyikan.


Bagaimana mahu mendapat sang jodoh andai pemilik jodoh dilupakan? Sedangkan kalau kita mahu meminta atau meminjam sesuatu perlu kita meminta pada tuannya dengan sebaik mungkin.Misalnya, kita mahu meminjam baju dari kawan kita, kita perlu meminta dan berbaik dengannya. Barulah kawan kita memberi keizinan untuk meminjamnya. Jadi samalah juga, dalam usaha mencari jodoh, kita perlu mendapatkan keizinan dari Pemilik Jodoh iaitu tuhan kita, Allah S.W.T. Kita perlu mengenal tuhan kita, kita berusaha meningkatkan amalan dan ibadat kita, kita perlu mendekatkat diri kita kepadanya. InsyaAllah, sang jodoh yang diimpikan ditemui.Sang Jodoh yang dapat membimbing diri, anak-anak, keluarga, dan masyarakat ke arah mengenali Islam dan Allah S.W.T.


Berusahalah kita mendekati Pemilik Jodoh. Bukan memohon untuk bertemu jodoh semata-
mata, namun mencari dan mengharpkan keredhaan dariNYA. Semoga diri menjadi muslimah yang indah, yang dapat menggembirakan seisi dunia.Segalanya akan mudah andai redha Allah bersama.


Redhai perjalanan hidupku ini Ya Allah..

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadan

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak
Salam kemaafan dari ana atas segala salah n silap sama ada sedar atau tidak.. Ayuh sahabat mari jadi hamba yang lebih proaktif lebih-lebih di bulan yang mulia ini....
Luruskan niat dalam berdakwah dan beramal..
Moga kita semua terus dalam redha Ilahi hingga ke akhir hayat..

" Walaupun diri ini tidak betah untuk meminta syurga kerana amalan yang dilaksana sekelumit cuma..namun sabagai hamba kita perlu berusaha, berusaha dan terus berusaha meningkatkan diri dan amal ibadat kepadaNYa
kerna Allah memandang usaha yang dikerjakan hambanya..sungguh pemurah dan penyayang tuhan kita, Allah S.W.T...

"Ya Allah, bantulah kami agar kami sentiasa mengingatiMU, bantulah kami agar kami sentiasa mensyukuri nikmat kurniaanMU dan bantulan kami Ya Allah, agar kami sentiasa berusaha meningkatkan amal ibadat kami kepadaMu"...Amin..

Tuesday, July 26, 2011

Salahuddin Al-Ayubi


Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara
Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah

Pernah kembara bagai pelarian
Akhri bertakhta penuh kemuliaan
Berkurung dendam demi keamanan
Bergemalah bumi Anbia
Takbir kemenangan
Menjulang iman hapus kemungkaran

Walaupun seisi dunia
Melutut di tapak kakimu
Tetapi kau pergi tanpa sisanya untuk
Diwarisi Quran Hadith terpasak di kalbumu
Syair puisi pelembut rasamu
Tinta senjata lakaran mindamu
Darah juga airmatamu
Dakwat yang mewarna
Lembaran agung insan terulung

Jasamu Salahuddin
Bagai kasturi mewangi
Harumannya melewati
Baitul Maqdis
Walaupun jasadmu tiada
Semangatmu tetap menyala
Kekal menjadi aspirasi
Mujahid kini dan selamanya

Malammu disinar solat munajat
Siangmu dihias lonjakan jihad
Pembela insan yang miskin dan lara
Kemelut yang menyelubungi
Dalam sirah ummah
Kau ungkai dengan fatwa nubuwwah
Kaulah satria, kaulah perwira Fisabilillah

Hayati bait-bait kata di dalam lirik ini, semoga semangat Salahuddin Al- Ayubi dalam menegakkan Islam tercinta menyala2 dalam diri kita semua..InsyaAllah...

Friday, June 17, 2011

InsyaAllah, takkan lupa

Ku renung muka-muka itu
Bahagia terasa
Biarpun sudah hampir 22 tahun muka itu kutatap
Tidak pernah ada jemu..tidak pernah...
Biarpun usia kian bertambah
Biarpun uban kian melata di kepala
Aku tetap tidak jemu...
Jangan ada rasa jemu

Sayang anak pada emak dan ayah,
Ya Allah, ampunkanlah dosa emak dan ayahku,
Kasihanilah mereka Ya Allah,
Mereka banyak mendidikku,
Mereka banyak menasihati dan memberi tunjuk ajar kepada ku
Tidak terbalas rasanya jasa yang telah diberi
Sayangi mereka ya Allah seperti mana mereka telah menyayangi aku sejak kecil lagi..
Amin

" Mak, nanti along dah keje, along nak beli rumah besar, kereta yang bumbung dia boleh terbuka, nak sambung belajar tinggi-tinggi lagi, along nak ada PHD," kata seorang anak kepada emaknya.



Itulah kata-kata seorang anak, emaknya hanya tersenyum. Mungkin hatinya bangga dengan cita-cita anaknya itu. Tinggi cita-cita anak aku ni, kata emak dan ayahnya dalam hati mungkin.

Bagus cita-cita tinggi along. Tapi kene usaha jangan cakap ja tau. Kata-kata emak disokong ayahnya. Mestilah kene usaha ayah. InsyaAllah. Emak dan ayahnya hanya tersenyum.

Usaha lah long, tak salah ada keazaman. Tapi esok bila dah keje bila dan capai kejayaan ingat jangan lupa pulak pada emak dan ayah.

Emm, si anak yang sedang enak menghirup sup di gerai D-LIMA hampir tersedak. InsyaAllah mak,ayah..along tak lupa..Huish, berdetik di hatinya, Ya Allah bantulah aku untuk menjadi anak yang solehah. Jangan aku melupakan mereka. Amin.


Entah kenapa, dia teringat kata-kata itu. Padanya cukup bermakna. Mungkin, emak dan ayah sedar akan diri anaknya yang sudah dewasa dan diri mereka sudah meningkat usia . InsyaAllah, emak, ayah, along takkan lupakan emak dan ayah.


Sama-sama kita berusaha membahagiakan emak dan ayah..Jom kawan2..




Sunday, June 12, 2011

Kasih Ibu Gajah

Sekawan gajah menyerbu ke arah kolam air. Lagak seperti sebuah keluarga besar yang terdiri dari atuk,nenek,emak,ayah,anak-anak,cucu-cicit serta jiran tetangga.Gajah-gajah berkumpul di tepi kolam air berlumpur untuk menghilangkan dahaga. Suhu di bumi Afrika cukup panas. Matahari memancar tegak di ufuk timur. Ada juga yang membasahkan badan dengan menyemburkan air melalui belalainya yang panjang. Seronok gajah-gajah bermandi manda.



Kelihatan ada seekor anak gajah yang berumur 2 tahun berada di bawah perut seekor gajah besar, ibunya mungkin. Anak gajah bermain-main di bawah perut ibunya dan bergerak menghampiri tebing kolam. Dush, air kolam bergelombang, anak gajah yang kecil jatuh di dalam kolam air berlumpur.

Anak gajah bertungkus lumus untuk naik ke atas tebing. Panik sungguh wajah anak gajah itu. Bersungguh-sungguh anak gajah naik ke atas,namun tetap tidak berjaya. Dinding kolam terlalu licin !!

Ibu dan ayah gajah gelisah dan risau dengan keadaan anaknya. Ibu dan ayah anak gajah membantu anaknya. Ibu gajah memaut anaknya dengan belalai, tetapi tidak berjaya. Belalai yang selama ini mampu untuk menarik dan mengangkat kayu balak tidak mampu untuk mengangkat anaknya yang masih kecil yang beratnya hanya dalam 300 paun mungkin. Risau ibu tidak kepalang, tidak mampu dia membantu anaknya.Badan anaknya licin akibat lumpur. Melutut si ibu gajah untuk memastikan pautan belalai di badan anaknya kukuh.Tetap tidak berjaya.

Ibu gajah segera turun ke dalam kolam bersama suaminya. Dia perlu menolak anaknya yang masih kecil agar tidak lemas di dalam lumpur. Hilang segala ketakutan si Ibu dan ayah pada kedalaman kolam.

Agak2nya, apalah kata-kata si ibu dengan anaknya? sabar ya nak, ibu ada, ibu tolong, jangan panik nak..adakah itu dialog si ibu gajah?

Si ibu dan si ayah gajah kecil menolak anaknya ke tepi dan mencari tebing yang lebih rendah, ditolak anaknya agar mudah menaiki tebing. Terketar-ketar kaki anaknya. Menggigil kesejukan, ketakutan..takutnya. Setelah bersusah payah, akhirnya, anak gajah berjaya naik ke tebing. Ibu gajah menbelai anaknya dengan penuh kasih. Dibetulkan badan anaknya agar mampu berdiri dengan baik.

Berkumpullah segerombolan gajah-gajah lain yang turut risau akan keselamatan anak gajah kecil sebentar tadi. Adik beradik dan sepupu2 anak gajah kegembiraan melihat anak gajah kecil tersayang selamat dari kemalangan yang baru ditimpa.

Hebat sungguh kasih ibu gajah terhadap anaknya. Hebatkan? Sanggup berhempas pulas menyelamatkan anaknya. Walaupun tidak mempunyai akal namun naluri kasih sayang itu ada. Naluri semulajadi yang telah dianugerahkan oleh Allah S.WT. kepada setiap ciptaannya.

Namun, bagaimana kini sebagai manusia? Yang punya akal serta naluri keibuan, naluri kebapaan,kasih-sayang yang diberikan oleh Allah S.W.T? sayangkah pada anak-anaknya?

Kalau sayang, kenapakah anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari sanggup dibuang,ditinggalkan sehingg dijamah oleh sang biawak, dibungkus bagaikan sampah tidak berguna? mengapa? MasyaAllah...anak itu tidak berdosa, kesian mereka..

Sayangkah manusia pada anaknya jika gejala sumbang mahram semakin berleluasa? ” Haruan makan anak”, “ harapkan pagar pagar makan padi”. Astagfirullahhalzim, kesian mereka,..renunglah muka anak-anak ini, mereka anak kamu...jangan musnahkan masa depan mereka..

Anak adalah amanah yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada ibu dan bapa.

Bukan semua pasangan yang dimurahkan rezeki untuk memperolehi cahaya mata...

Beruntunglah bagi yang memeperolehinya

Jadi sempurnakan tanggungjawab itu..

Jangan sia-siakan mereka..


Keluarga bahagia, keluarga yang anggotanya saling sayang menyayangi kerana Allah S.W.T.

...InsyaAllah

Tuesday, June 7, 2011

Kongsian di pagi Hari

Masakan menjadi sedap dan enak apabila garam yang dibubuh di dalam masakan tersebut mencukupi dan tidak berlebihan, masakan yang berlebih garam membawa mudarat kepada kesihatan n takdak sapa pun nak makan kalo masin sangat..

begitulah juga cinta,harus beri berpatutan dan tidak terlalu berlebihan,kalau tidak ia membawa kelalaian dan kemusnahan-langit ilahi show..

contohnya, cinta dan sayang kepada sahabat yang keterlaluan sehingga kesalahan yang dibuatnya dipandang sebelah mata dan dibiarkan hanya nenbawa keburukan pada dirinya dan kita..Namun lebihkan cinta kepada Allah kepada S.W.T.