layari

Tuesday, May 10, 2011

Sembuhlah duhai hati


Hari ini dia menangis lagi. Menangis kerana hatinya tiba-tiba bertukar sayu. Ya Allah, kenapa mudah benar hatinya itu dipagut pilu. Kenapa mudah benar air jernih itu mengalir tanpa arah tuju dengan penuh laju . Kenapa mudah benar hatinya terusik dengan tindakan dan kata-kata itu. Ya Allah, bantulah Ya Allah. Dia mahu setiap titis air mata yang mengalir itu kerana ingatannya kepada Allah S.W.T. Dia sama sekali tidak mahu membazirkan air matanya menangisi dan mengingati sesuatu yang tidak perlu. Yang hanya merobekkan sanubari. Dirinya yang juga sakit, sakit sendiri.

“ Kau perlu kuat Ulfa. Aku tahu susah nak lawan perasaan tu. Tapi kene ingat cinta pertama adalah milik Allah. Kuatkan semangat kau Ulfa. Kaulah kawan aku yang kuat, tabahlah Ulfa. Allah sedang menguji engkau. InsyaAllah, yang terbaik akan menyusul andai kita bersabar dan yakin pada Allah. Takkanlah kau mahu membiarkan hati kau nie hilang serinya disebabkan perasaaan engkau pada seorang hamba Allah? “ kata sahabat karibnya sejak dari sekolah menengah lagi. Walaupun aku tahu kau tak pernah meluahkan atau menunjukkan perasaan itu namun kadang-kala pasti niat kau akan terpesong. Jangan kau calari kerja dakwah Ulfa..Kau boleh...kuatkan semangat. Semangat kau dalam berdakwah membawa sejuta semangat buat kami. Janganlah kau lemah, takut2 nanti kami turut berasa lemah. Mahukah kau melihat kami bergitu? Suara Siti bergetar menahan sebak. Sahabatnya ini harus diberi semangat.

Kata-kata itu menusuk di kalbu Ulfa. Sedarlah wahai diri. Dimanakah aku meletakkan cintaku kepada Allah. Dimana? Allah tidak pernah membuang dan menyakiti cinta yang dilafazkan malah Allah memberi cintaNya berganda-ganda kepada setiap hambanya. Jadi kenapa tidak diri ini merebut cinta yang hakiki itu?....Memang benar dia manusia biasa yang punya keinginan untuk disayangi dan menyayangi, namun bukan sekarang masanya, bukan jua ini waktunya, bukan ini caranya.

Yakinlah wahai diri, Allah S.W.T merancang yang terbaik buatnya. Jadi lupakanlah, lupakanlah, kosongkan hati ini dari mengingati namanya. Kosongkan hati ini dari mengingati segala-galanya mengenainya.

Mungkin selama ini niat yang dibina dalam usaha mahu melupakannya salah. Dia bukan berusaha melupakannya kerana Allah. Akan tetapi dia mahu melupakannya kerana dia berasa marah dan cemburu..Niatnya pun salah, macam mana nak dapat pertolongan Allah.

Hari ini dia banyak mempelajari sesuatu. Betulkan niat dalam usaha untuk berubah. Tabahkanlah hati dan yakinlah dengan janji Allah. Jangan sesekali diri ini mengotori jalan-jalan dakwah hanya kerana melayani perasaan yang tidak ditempatkan pada haknya. Walaupun perasaan itu tidak pernah dilafazkan, namun kadang-kala niat yang berpandu dihati tiada keikhlasan. Itu yang bahaya. Takut-takut diri ini dimurkai Allah kerana menanam onar dalam memainkan tanggungjawab dan kerja agama dalam tidak sedar. Nauzubillah..

Tangisannya berhenti. Jarinya mengelus lembut air mata yang mengalir di pipi.. timbul semangat dihati..Lalu dia mencapai sebatang pena dan sehelai kertas untuk dia mencoret beberapa barisan ayat bagi melepaskan keluhan yang terbuku di hati..Allah sedang menasihati dirinya untuk menjadi hamba yang lebih baik. Alhamdulillah..Ujian itu merupakan tarbiah dari Allah ..Terima Kasih Allah.

Monday, May 2, 2011

Dadih yang comel, rasa pun sodap...



Salam buat teman-teman...
InsyaAllah Kelab Rakan Islah IPG KBM ada membuat jualan dadih segar. Jualan dibuat pada setiap minggu.
Untuk mendapatkannya bolehlah membuat tempahan ye.

Pelbagai perisa disediakan. Antaranya:-

Vanila
Coklat
Strawberi
Jagung
Mangga

PROMOSI HEBAT

1 dadih = Rm 1.00
3 dadih = Rm 2.50

Dengan harga yang murah, anda dapat merasai dadih segar yang lazat..
Selamat mencuba ye teman-teman...





Kesibukan ITU MANIS...


Hari demi hari..ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS, JUMAAT, SABTU DAN AHAD....arggh.. dia merasakan dirinya sibuk..setiap hari pasti ada aktiviti, tugasan, dan kegiatan yang perlu dilaksanakan..sampaikan kadang-kala kawan-kawannya terpaksa pergi berulang kali ke biliknya untuk bertemu dengannya kerana dia jarang berada di bilik..." Kau nie dah macam menteri dah aku tengok, senda kawannya suatu hari"...dia hanya tergelak kecil..

Baginya kesibukan ini satu nikmat yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada hambanya.. bila sibuk, kita akan lebih menghargai masa, kita akan berusaha mengejar dan mencari masa....dia teringat kata-kata seorang kakak yang manis rupanya,hebat peribadinya, manusia nie Allah bagi sama ja waktu, 24 jam sehari..tapi perbezaannya ialah bagaimana setiap individu itu menggunakaannya...bukankah hebat seseorang manusia atau individu itu andai dengan jumlah waktu yang sama yang diberikan padanya dia dapat melaksanakan aktiviti yang lebih berbanding orang lain...

" emm, kak tak faham lah"...mcm mana maksud akak tu, tanya sahabatnya kepada seorang kakak yang hanya bertemu seminggu sekali..bila bertemu hati kering bertukar basah, lidah kelu dipandu lancar..indahnya pertemuan halaqah..manis terasa hingga ke sanubari...

ohh, mcm nie.. katalah si polan A merupakan seorang pelajar jurusan perubatan, ada tugasan yang perlu diselesaikan, tugasan individu dan tugasan berkumpulan, dia juga bergiat aktif dalam sukan dan persatuan, dalam masa yang sama dia juga mengikuti halaqah, dia juga menyampaikan tazkirah di surau..
manakala si polan B merupakan seorang pelajar jurusan yang sama dengan A, ada tugasan yang perlu diselesaikan, tugasan individu dan tugasan kumpulan, bergiat aktif dalam sukan dan persatuan......


si polan A dan B dapat menyempurnakan tugasan individu dan berkumpulan dengan lancar dan sistematik..kedua-duanya turut menggunakan masa dengan baik dengan bergiat aktif dalam sukan dan persatuan..Apa yang dapat adik2 perhatikan? sedar tak adik2, si polan A dapat memaksimakan penggunaan masanya dengan berhalaqah dan menyampai tazkirah?hebat tak? manakala si polon B hanya memaksimakan tempoh 24 jam dengan menyiapkan tugasan, bepersatuan dan bersukan sahaja..

itulah yang akak maksudnya, tempoh 24 jam diberikan sama ja pada setiap insan, namun yang membezakannya ialah apakah pengisian dan kegiatan yang dilaksanakan bagi memenuhi masa 24 jam itu..
hebatlah seseorang individu itu andai urusan dunia serta urusan akhirat dapat disempurnakan sekali gus..taknak ke kita menjadi orang yang hebat? biar kita sibuk dengan amalan-amalan yang baik dari diri kita sibuk dengan melakukan perkara yang membuang masa dan maksiat...
InsyaAllah, kesibukan dan pengorbanan masa kita untuk memperjuangkan agamanya akan dibayar.....Allah bayar nanti....
sibukkan diri adik2 dengan aktiviti yang bermanfaat dan kerja agama ye...




Kesibukan itu merupakan nikmat Allah S.W.T... dia sedar bahawa kesibukan itu telah banyak mendidiknya...wahai diri jangan mudah mengeluh, jangan mudah berputus asa...wahai diri bangkitlah, hargai masa dan detik yang ada...

Sunday, April 3, 2011

Damba Kasih dariMu Ya Allah..

Damba Kasih

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

Melodi: Manis Helma (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment) & Manis Helma (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

Saturday, April 2, 2011

Alhamdulillah





Alhamdulillah...tanggal 6 Mac yang lalu genap sudah usiaku 22 tahun...Syukur kerana masih diberi peluang oleh Yang Maha Esa untuk menghirup udara di muka bumi ini, syukur aku kepadaNya kerana masih diberi kesempatan melihat sinar sang suria dan cahaya bulan nan indah di hening malam, syukur ke hardatMu kerana masih memberi kesempatan untukku menatap wajah kasih emak, ayah, adik dan teman-teman, dan bersyukurnya aku Ya Allah kerana masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam yang tercinta ini...Alhamdulillah..

Semoga penambahan usiaku ini selaras dengan penambahan amal dan imanku di sisiMu Ya Allah...Amin...
Buat teman-teman, tegurlah dan nasihatlah diri ini andai ada kesalahan dan kesilapan yang dilakukan..
Terima kasih atas ucapan dan doa yang kalian berikan kepadaku sempena hari lahirku...
Terima kasih semua....

Ya Allah, bantulah aku agar aku sentiasa mengingatiMu,
Ya Allah, bantulah aku agar aku sentiasa mensyukuri nikmat kurniaanMu,
Ya Allah, bantulah aku agar aku sentiasa berusaha meningkatkan amal ibadatku kepadaMu..Amin..

Wednesday, February 2, 2011

Siapa aku untuk menilai?



Jari-jemarinya bergerak laju di atas papan kekunci laptop...lagaknya seperti seorang pemain piano..bisakah bermain piano menggunakan papan kekunci laptop? kalo boleh memang glamer le..huhu..

Kite bukak facebook le kejap,detik hatinya..apa le jadi dengan facebook aku nie...hatinya tertanya-tanya walaupun setiap hari laman sosial ini dibukanya..Tiada apa yang menarik,masih seperti biasa,tiada tambahan kawan,tiada yang mahu menjadikan dia kawan..mungkin esok,mungkin lusa,kawanku bakal bertambah...emm..

Sedang membelik-belik muka laman sosial sahabat-sahabat yang lain, dia terpana melihat patah-patah perkataan yang yang ditulis oleh seorang sahabatnya..baginya patah2 perkataan ini cukup memberi kesedaran dan meresap jauh di dasar hati..


" jangan menganggap diri kita lebih mulia dari org lain..kerana kita tak mengetahui bagaimana pengakhiran kita,mungkin orang yang selama ini kta anggap sgt hina kerana dosa yg dilakukannya,mungkin tempatnya di syurga,dan lbih mulia disisi Allah...keampunan Allah tidak bertepi....janganlah berhenti memohon keampunan dariNYA..."

Jangan sesekali kita berasa puas dan berasa hebat pada diri sendiri...Siapalah kita sebagai hamba hendak memandang rendah kepada orang lain dan meletakkan diri pada tahap dan tempat yang tinggi...

Jangan sesekali berasa sombong dengan ilmu dan kelebihan yang kita miliki sehingga kita merasakan orang lain tidak berilmu dan sering melakukan kesalahan...
Hanya Allah yang mengetahui...Hanya Allah yang mengetahui...

Jangan kita merasakan diri 'confirm' mendapat syurga hanya dengan ibadah yang ditunaikan sekali-sekala, dan dia yang jahat itu pasti ke neraka...jangan...kerana kita tidak tahu pengakhiran kita....

Perbaiki diri dan ajaklah orang sekeliling untuk turut perbaiki diri...itulah yang terbaik..kerana keampunan Allah tidak bertepi...




Thursday, December 30, 2010

Tahun baru..perubahan diri...





Hanya tinggal beberapa jam lagi tahun 2o1o bakal meninggalkan kita
...hari berganti hari,bulan berganti bulan, akhirnya tahun 2011 bakal menjegah
Alhamdulillah
....kita masih diberi peluang untuk hidup di muka bumi Allah S.W.T yang cukup indah ini..,
masih berpeluang untuk menghirup udara secukupnya, masih dikurniakan nikmat tubuh badan yang sihat dan yang paling penting masih diberi nikmat Iman dan Islam
..Alhamdulillah..



Mari kita imbas kembali, apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2010 ini?
Adakah tahun 2010 ini telah kita manfaatkan sebaik mungkin?
Seronoknya jika sepanjang tahun 2010 ini ada berlakunya perubahan dalam diri ke arah kebaikan...
Adakah tahun ini kita penuhi dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah dan membuat maksiat? Nauzubillah....
Tepuk dada tanyalah diri dan iman...



Janganlah kita terus-menerus berdiri tegak pada satu tapak yang sama, tidak berganjak ke hadapan walau sedikit pun
..biarpun orang lain sudah bisa berlari, kita masih berdiri pada tapak yang sama
...dan yang paling menakutkan jika diri kita terus melangkah ke belakang....
...ruginya kita...

Jangan hanya tahu meyambut tahun baru sahaja, tetapi tidak tahu dan mahu memperbaharui diri ke arah yang lebih baik...

HAPPY NEW YEAR..HAPPY NEW YEAR..ungkapan ini seharusnya kita sertakan dengan semangat untuk melakukan perubahan diri..bukan hanya sekadar kata-kata yang diluahkan sambil menyaksikan percikan bunga api yang indah...

Jika tahun 2010 ini kita tidak berjaya, kita banyak melakukan perkara yang salah...
..marilah kita bangkit dan membetulkan diri..
mari sama-sama kita berusaha menjadi insan yang lebih baik dan mencipta kejayaan sempena tahun baru hijrah 1432 dan tahun 2011 ini...
Jangan sia-siakan setiap detik waktu yang dikurniakan Allah S.W.T..
InsyaAllah..kita boleh...

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)


p/s: Pasukan Bola Sepak Kebangsaan kita telah berjaya mengharumkan nama negara dan mencipta sejarah apabila berjaya membawa pulang piala Suzuki AFF, sekali gus menjadi juara...setelah hampir 14 tahun negara tandus dengan kemenangan dalam arena bola sepak, kini kita telah berjaya...bagaimana? ...usaha.doa dan tawakal..itu kuncinya
..begitulah kita, lakukan loncatan pada diri..jika selama ini kita kurang berjaya, kurang berilmu..berusahalah dengan membanyakkan bacaan dan belajar dengan teknik yang betul ...jika kita pada hari ini tidak pandai mengaji maka berusahalah untuk mencari guru bagi mengajar mengaji....semuanya terletak pada diri sendiri
...buat ingatan bersama :-)