layari

Tuesday, May 10, 2011

Sembuhlah duhai hati


Hari ini dia menangis lagi. Menangis kerana hatinya tiba-tiba bertukar sayu. Ya Allah, kenapa mudah benar hatinya itu dipagut pilu. Kenapa mudah benar air jernih itu mengalir tanpa arah tuju dengan penuh laju . Kenapa mudah benar hatinya terusik dengan tindakan dan kata-kata itu. Ya Allah, bantulah Ya Allah. Dia mahu setiap titis air mata yang mengalir itu kerana ingatannya kepada Allah S.W.T. Dia sama sekali tidak mahu membazirkan air matanya menangisi dan mengingati sesuatu yang tidak perlu. Yang hanya merobekkan sanubari. Dirinya yang juga sakit, sakit sendiri.

“ Kau perlu kuat Ulfa. Aku tahu susah nak lawan perasaan tu. Tapi kene ingat cinta pertama adalah milik Allah. Kuatkan semangat kau Ulfa. Kaulah kawan aku yang kuat, tabahlah Ulfa. Allah sedang menguji engkau. InsyaAllah, yang terbaik akan menyusul andai kita bersabar dan yakin pada Allah. Takkanlah kau mahu membiarkan hati kau nie hilang serinya disebabkan perasaaan engkau pada seorang hamba Allah? “ kata sahabat karibnya sejak dari sekolah menengah lagi. Walaupun aku tahu kau tak pernah meluahkan atau menunjukkan perasaan itu namun kadang-kala pasti niat kau akan terpesong. Jangan kau calari kerja dakwah Ulfa..Kau boleh...kuatkan semangat. Semangat kau dalam berdakwah membawa sejuta semangat buat kami. Janganlah kau lemah, takut2 nanti kami turut berasa lemah. Mahukah kau melihat kami bergitu? Suara Siti bergetar menahan sebak. Sahabatnya ini harus diberi semangat.

Kata-kata itu menusuk di kalbu Ulfa. Sedarlah wahai diri. Dimanakah aku meletakkan cintaku kepada Allah. Dimana? Allah tidak pernah membuang dan menyakiti cinta yang dilafazkan malah Allah memberi cintaNya berganda-ganda kepada setiap hambanya. Jadi kenapa tidak diri ini merebut cinta yang hakiki itu?....Memang benar dia manusia biasa yang punya keinginan untuk disayangi dan menyayangi, namun bukan sekarang masanya, bukan jua ini waktunya, bukan ini caranya.

Yakinlah wahai diri, Allah S.W.T merancang yang terbaik buatnya. Jadi lupakanlah, lupakanlah, kosongkan hati ini dari mengingati namanya. Kosongkan hati ini dari mengingati segala-galanya mengenainya.

Mungkin selama ini niat yang dibina dalam usaha mahu melupakannya salah. Dia bukan berusaha melupakannya kerana Allah. Akan tetapi dia mahu melupakannya kerana dia berasa marah dan cemburu..Niatnya pun salah, macam mana nak dapat pertolongan Allah.

Hari ini dia banyak mempelajari sesuatu. Betulkan niat dalam usaha untuk berubah. Tabahkanlah hati dan yakinlah dengan janji Allah. Jangan sesekali diri ini mengotori jalan-jalan dakwah hanya kerana melayani perasaan yang tidak ditempatkan pada haknya. Walaupun perasaan itu tidak pernah dilafazkan, namun kadang-kala niat yang berpandu dihati tiada keikhlasan. Itu yang bahaya. Takut-takut diri ini dimurkai Allah kerana menanam onar dalam memainkan tanggungjawab dan kerja agama dalam tidak sedar. Nauzubillah..

Tangisannya berhenti. Jarinya mengelus lembut air mata yang mengalir di pipi.. timbul semangat dihati..Lalu dia mencapai sebatang pena dan sehelai kertas untuk dia mencoret beberapa barisan ayat bagi melepaskan keluhan yang terbuku di hati..Allah sedang menasihati dirinya untuk menjadi hamba yang lebih baik. Alhamdulillah..Ujian itu merupakan tarbiah dari Allah ..Terima Kasih Allah.

No comments:

Post a Comment