layari

Friday, May 13, 2011

TEKAD




Kami sedari jalan ini
Penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kedzaliman
Yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini
sepenuh redha di hati

Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari busur
Tuju sasaran , siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya

Asalkan ikhlas di hati hanya untuk Ilahi Rabbi

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Mengoyak dan menumbang kezaliman

Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah padam
Tuk arungi dawah ini , jalan panjang

Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi Rabbi



InsyaAllah, hayati bait-bait perkataan dalam lirik lagu yang bertajuk TEKAD ini..InsyaAllah ia meningkatkan semangat kita sebagai seorang muslim dalam menyampaikan dakwah..."amal maghruf nahi mungkar"..


Wednesday, May 11, 2011

Apa yang terdetik dihati saya la nie?



Ana nak tanya. Rasa-rasanya, antuna dapat rasa tak apa yang ana rasa sekarang? antuna dapat tak meneka apa yang sedang berdETik di hati dan fikiran ana ketika ini? katanya sambil tersenyum menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi. Satu persatu muka sahabat-sahabatnya ditenung dan kemudian terdengar beberapa jawapan dari mereka. Kalo betul antuna dapat teka, ana belanja dadih satu..ok?riuh suasana kala itu...

Agaknya enti nie sedang fikir nak makan dadih lepas solat nie kot, kata salah seorang sahabatnya sambil ketawa. Kata-kata itu disambut dengan gelak tawa dari sahabat2 yang lain...Kita tahu mungkin enti skang rasa gembira kot sebab asyik tersengih dari tadi..itulah antara jawapan yang diberikan oleh sahabat-sahabatnya. Ada pula yang kata, tak tahule..sudah putus ase agaknya..

Semuanya salah..sebenarnya apa yang terdetik di hati ana tadi ialah ana gembira kerana dalam kita sibuk dengan persediaan peperiksaan dapat jugak kita berkumpul beramai-ramai, menunaikan solat jemaah bersama-sama, mengaji bersama-sama, berkongsi ilmu bersama-sama. Itulah yang ana fikir tadi..katanya dengan penuh perasaan. .sahabat-sahabat yang lain menepuk-nepuk dahi..lah nie ke yang hang duk fikir tadi..aku ngat pa la tadi..haha...

Nampakkan betapa kita sebagai hamba nie lemah kan. Kecil ja kita nie. Kita tak mampu membaca apa yang difikirkan dan apa yang terdetik di hati manusia lain. Tapi Allah S.W.T Maha Mengetahui apa yang terdetik sanubari kita. Walaupun apa yang terlintas dan difikirkan itu terlintas seketika, Allah tetap mengetahui..nak dengar cerita tak?nak2..

.........CERITANYA BERGINI.....

Ada seorang pelajar di sebuah institut sangat gembira nak balik rumah. Sampai di daerahnya, dia dijemput oleh ayahnya. Ok, sekarang kita pergi sekolah mak ye. Mak ada metting, tadi mak kata dah boleh amik dah.metingnya dah habis..Ok ja ayah, along tak kisah, kata pelajar itu.
Sesampai di sekolah , si pelajar itu pun bergegas menuju ke pejabat emaknya yang merupakan guru pentadbiran di sekolah tersebut. Belum sempat dia naik ke anak tangga seterusnya, dia nampak kelibat emaknya besama seorang guru yang pernah mendidiknya dahulu ketika di sekolah rendah, Cikgu Ramlah..Sampai dah dia,tadi mak jatuh tangga tau, kata Cikgu Ramlah..Si anak nie terkejut bukan kepalang le, risau hatinya. Ok tak mak?kalo sakit jom kita ke klinik....Ok ja, alhamdulillah.tapi sakit sikit..Dia pun memengang tangan maknya bagi memastikan maknya tidak jatuh lagi. Pada waktu itu hatinya terdetik, Ya Allah kalolah aku ada disisi mak aku pada waktu itu pasti mak aku tak jatuh punye..begitulah kata hatinya.

Hari nie kita beli lauk ye kat Restoran Iman,nak masak pun tak sempat nie. Si anak pun menemani emaknya untuk memilih lauk. Long nak lauk apa?pilih le,esok kita masak. Apa-apa ja mak, along makan ja, kata si anak. Setelah selesai membayar segalanya, si anak pun berjalan di sisi emaknya. Entah mengapa tidak semena-mena emaknya jatuh. Anaknya yang berdiri di sisi tidak mampu untuk menarik emaknya. Mujurlah emaknya sempat menahan dengan tangan..Si anak segera membangunkan emaknya. Ya Allah, mak ok tak?ok2..letih kot mak nie long..Si anak memegang emaknya masuk ke dalam kereta...

Di dalam kereta si anak terfikir, Ya Allah baru ja sebentar tadi terdetik dihati aku nie kata, kalo aku berada disisi emakku pasti emakku tak jatuh,,tadi aku betul2 disisi emakku..Aku tak mampu pun nak tolong atau melakukan apa-apa...Ya Allah, aku berdosa kerana berfikiran begitu tadi...Aku tersedar..tiada pelindungan yang sebaik-baiknya, selain Allah S.W.T.... Ya Allah...bagaimana aku boleh berfikir seperti itu, siapa aku untuk mengawal semuanya..

Sungguh benar Allah mengetahui apa yang terdetik di hati setiap hambanya. Si anak yakin bahawa Allah mendengar apa yang terdetik di hatinya dan mahu dia mengambil ibrah bahawa setiap yang terjadi itu di bawah kekuasaan Allah...itulah kisahnya...

.....TAMAT CERITA.....

Faham tak antuna? faham-faham..InsyaAllah daripada cerita yang ana sampaikan tadi, antara ibrah yang dapat kita kutip ialah Allah mendengar dan mengetahui setiap apa yang terdetik di hati kita...Selain itu, Allah S.W.T merupakan perlindung sebaik-baiknya. Yakinlah..

Tuesday, May 10, 2011

Sembuhlah duhai hati


Hari ini dia menangis lagi. Menangis kerana hatinya tiba-tiba bertukar sayu. Ya Allah, kenapa mudah benar hatinya itu dipagut pilu. Kenapa mudah benar air jernih itu mengalir tanpa arah tuju dengan penuh laju . Kenapa mudah benar hatinya terusik dengan tindakan dan kata-kata itu. Ya Allah, bantulah Ya Allah. Dia mahu setiap titis air mata yang mengalir itu kerana ingatannya kepada Allah S.W.T. Dia sama sekali tidak mahu membazirkan air matanya menangisi dan mengingati sesuatu yang tidak perlu. Yang hanya merobekkan sanubari. Dirinya yang juga sakit, sakit sendiri.

“ Kau perlu kuat Ulfa. Aku tahu susah nak lawan perasaan tu. Tapi kene ingat cinta pertama adalah milik Allah. Kuatkan semangat kau Ulfa. Kaulah kawan aku yang kuat, tabahlah Ulfa. Allah sedang menguji engkau. InsyaAllah, yang terbaik akan menyusul andai kita bersabar dan yakin pada Allah. Takkanlah kau mahu membiarkan hati kau nie hilang serinya disebabkan perasaaan engkau pada seorang hamba Allah? “ kata sahabat karibnya sejak dari sekolah menengah lagi. Walaupun aku tahu kau tak pernah meluahkan atau menunjukkan perasaan itu namun kadang-kala pasti niat kau akan terpesong. Jangan kau calari kerja dakwah Ulfa..Kau boleh...kuatkan semangat. Semangat kau dalam berdakwah membawa sejuta semangat buat kami. Janganlah kau lemah, takut2 nanti kami turut berasa lemah. Mahukah kau melihat kami bergitu? Suara Siti bergetar menahan sebak. Sahabatnya ini harus diberi semangat.

Kata-kata itu menusuk di kalbu Ulfa. Sedarlah wahai diri. Dimanakah aku meletakkan cintaku kepada Allah. Dimana? Allah tidak pernah membuang dan menyakiti cinta yang dilafazkan malah Allah memberi cintaNya berganda-ganda kepada setiap hambanya. Jadi kenapa tidak diri ini merebut cinta yang hakiki itu?....Memang benar dia manusia biasa yang punya keinginan untuk disayangi dan menyayangi, namun bukan sekarang masanya, bukan jua ini waktunya, bukan ini caranya.

Yakinlah wahai diri, Allah S.W.T merancang yang terbaik buatnya. Jadi lupakanlah, lupakanlah, kosongkan hati ini dari mengingati namanya. Kosongkan hati ini dari mengingati segala-galanya mengenainya.

Mungkin selama ini niat yang dibina dalam usaha mahu melupakannya salah. Dia bukan berusaha melupakannya kerana Allah. Akan tetapi dia mahu melupakannya kerana dia berasa marah dan cemburu..Niatnya pun salah, macam mana nak dapat pertolongan Allah.

Hari ini dia banyak mempelajari sesuatu. Betulkan niat dalam usaha untuk berubah. Tabahkanlah hati dan yakinlah dengan janji Allah. Jangan sesekali diri ini mengotori jalan-jalan dakwah hanya kerana melayani perasaan yang tidak ditempatkan pada haknya. Walaupun perasaan itu tidak pernah dilafazkan, namun kadang-kala niat yang berpandu dihati tiada keikhlasan. Itu yang bahaya. Takut-takut diri ini dimurkai Allah kerana menanam onar dalam memainkan tanggungjawab dan kerja agama dalam tidak sedar. Nauzubillah..

Tangisannya berhenti. Jarinya mengelus lembut air mata yang mengalir di pipi.. timbul semangat dihati..Lalu dia mencapai sebatang pena dan sehelai kertas untuk dia mencoret beberapa barisan ayat bagi melepaskan keluhan yang terbuku di hati..Allah sedang menasihati dirinya untuk menjadi hamba yang lebih baik. Alhamdulillah..Ujian itu merupakan tarbiah dari Allah ..Terima Kasih Allah.

Monday, May 2, 2011

Dadih yang comel, rasa pun sodap...



Salam buat teman-teman...
InsyaAllah Kelab Rakan Islah IPG KBM ada membuat jualan dadih segar. Jualan dibuat pada setiap minggu.
Untuk mendapatkannya bolehlah membuat tempahan ye.

Pelbagai perisa disediakan. Antaranya:-

Vanila
Coklat
Strawberi
Jagung
Mangga

PROMOSI HEBAT

1 dadih = Rm 1.00
3 dadih = Rm 2.50

Dengan harga yang murah, anda dapat merasai dadih segar yang lazat..
Selamat mencuba ye teman-teman...





Kesibukan ITU MANIS...


Hari demi hari..ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS, JUMAAT, SABTU DAN AHAD....arggh.. dia merasakan dirinya sibuk..setiap hari pasti ada aktiviti, tugasan, dan kegiatan yang perlu dilaksanakan..sampaikan kadang-kala kawan-kawannya terpaksa pergi berulang kali ke biliknya untuk bertemu dengannya kerana dia jarang berada di bilik..." Kau nie dah macam menteri dah aku tengok, senda kawannya suatu hari"...dia hanya tergelak kecil..

Baginya kesibukan ini satu nikmat yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. kepada hambanya.. bila sibuk, kita akan lebih menghargai masa, kita akan berusaha mengejar dan mencari masa....dia teringat kata-kata seorang kakak yang manis rupanya,hebat peribadinya, manusia nie Allah bagi sama ja waktu, 24 jam sehari..tapi perbezaannya ialah bagaimana setiap individu itu menggunakaannya...bukankah hebat seseorang manusia atau individu itu andai dengan jumlah waktu yang sama yang diberikan padanya dia dapat melaksanakan aktiviti yang lebih berbanding orang lain...

" emm, kak tak faham lah"...mcm mana maksud akak tu, tanya sahabatnya kepada seorang kakak yang hanya bertemu seminggu sekali..bila bertemu hati kering bertukar basah, lidah kelu dipandu lancar..indahnya pertemuan halaqah..manis terasa hingga ke sanubari...

ohh, mcm nie.. katalah si polan A merupakan seorang pelajar jurusan perubatan, ada tugasan yang perlu diselesaikan, tugasan individu dan tugasan berkumpulan, dia juga bergiat aktif dalam sukan dan persatuan, dalam masa yang sama dia juga mengikuti halaqah, dia juga menyampaikan tazkirah di surau..
manakala si polan B merupakan seorang pelajar jurusan yang sama dengan A, ada tugasan yang perlu diselesaikan, tugasan individu dan tugasan kumpulan, bergiat aktif dalam sukan dan persatuan......


si polan A dan B dapat menyempurnakan tugasan individu dan berkumpulan dengan lancar dan sistematik..kedua-duanya turut menggunakan masa dengan baik dengan bergiat aktif dalam sukan dan persatuan..Apa yang dapat adik2 perhatikan? sedar tak adik2, si polan A dapat memaksimakan penggunaan masanya dengan berhalaqah dan menyampai tazkirah?hebat tak? manakala si polon B hanya memaksimakan tempoh 24 jam dengan menyiapkan tugasan, bepersatuan dan bersukan sahaja..

itulah yang akak maksudnya, tempoh 24 jam diberikan sama ja pada setiap insan, namun yang membezakannya ialah apakah pengisian dan kegiatan yang dilaksanakan bagi memenuhi masa 24 jam itu..
hebatlah seseorang individu itu andai urusan dunia serta urusan akhirat dapat disempurnakan sekali gus..taknak ke kita menjadi orang yang hebat? biar kita sibuk dengan amalan-amalan yang baik dari diri kita sibuk dengan melakukan perkara yang membuang masa dan maksiat...
InsyaAllah, kesibukan dan pengorbanan masa kita untuk memperjuangkan agamanya akan dibayar.....Allah bayar nanti....
sibukkan diri adik2 dengan aktiviti yang bermanfaat dan kerja agama ye...




Kesibukan itu merupakan nikmat Allah S.W.T... dia sedar bahawa kesibukan itu telah banyak mendidiknya...wahai diri jangan mudah mengeluh, jangan mudah berputus asa...wahai diri bangkitlah, hargai masa dan detik yang ada...